Tuesday, May 31, 2011

Pengulas di bangku Penonton




Assalamualaikum semua


Den dah koba, ekau tak nak dongar, barcelona tu kuat.....lagi2 bilo si messi tuh dapet bola.....hah, mampuih.......haha...

Tahniah lah kepada pasukan FC Barcelona yang memang layak menyandang juara bagi musim ini UEFA Championship....pergh...memang perlu beb..tapi aku tak merendah-rendah kan nama-nama besar kat Man U, seperti, rooney, chicharito, nani, vidic....tu sume, 1st class punyer player..

tapi, kita jugak perlu ingat di barcelona juga ada bintangnya, messi merupakan penyerang terbaik dunia,dan juga nama2 gah seperti david villa, inesta, xavi yang membantu pasukan masing2 yang meraih juara dunia FIFA 2010 baru-baru ini.

kite try tgk usha sinopsis perlawanan sat naaa...

93' Wisel permainan di tiup pengadil. Barcelona menang 3-1 ke atas Manchester United. Ini kejuaraan ke 3 Barcelona dalam tempoh 5 tahun.

90' Pedro dibawa keluar, Ibrahim Affaley di bawa masuk.

89' Percubaan lambung Iniesta berjaya ditangkap Van Der Sar. 3 minit masa tambahan diberikan pengadil

87' Carlos Puyol di bawa masuk menggantikan Dani Alves. United masih buntu mencari 2 gol untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

85' Seydou Keita di bawa masuk bagi menggantikan David Villa. Valdes pula dihadiahkan kad kuning setelah melambat-lambatkan permainan.

84' Nani melakukan percubaan ke gawang United namun tersasar.

83' Victor Valdes terbang menghalang bola dari ditanduk Javier Hernandez. Nampaknya Hernandez jarang menerima bola dari rakan-rakan.

79' Bola sepakan Ryan Giggs terkena tangan David Villa dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak nampak insiden itu.

75' Paul Scholes di bawa masuk menggantikan Micheal Carrick. Nampaknya Barca seakan-akan mula mengendurkan serangan mereka.

70' Percubaan Wayne Rooney melepasi gawang gol hasil serangan balas pantas.

69' David Villa menjaringkan gol ke 3 Barca hasil sepakan lambung yang menarik hasil hantaran Messi. Nampaknya MU terus tertekan.

68' Nani di bawa masuk menggantikan Fabio yang cedera

66' Van Der Sar berkali-kali diuji oleh Xavi dan Andeas Iniesta menerusi sepakan jarak jauh namun masih dapat ditepis. Nani sedia untuk di bawa masuk.

62' Lionel Messi sekali lagi melepaskan rembatan ke arah gawang MU namun berjaya ditahan Van Der Sar menggunakan kaki. MU dalam keadaan bahaya.

60' Dani Alves dilayangkan kad kuning setelah mengasarai Patrice Evra

54' Van Der Sar memarahi pemain pertahanannya yang gagal mengawal Messi.

53' Lionel Messi menjaringkan gol kedua untuk Barcelona apabila kelalaian pertahanan United yang tidak mengawal beliau. Gol dijaringkan dari luar kotak penalti.

45. Permainan separuh masa kedua bersambung. Barcelona masih mendominasi permainan.

45' Tamat separuh masa pertama. Nampaknya MU perlu berkerja keras di bahagian kanan setelah melihat Fabio dan Antonio Valencia tidak berapa efektif dalam perlawanan ini. Nani perlu di bawa masuk

43' Lionel Messi terlepas peluang menjaringkan gol di depan gol setelah gagal menyambut hantaran silang David Villa dari sebelah kanan.

38' Percubaan Andreas Iniesta tepat ke arah dakapan Van Der Sar setelah semua pemain Barcelona di kawal rapi pemain M.

33' Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan setelah bermain 1 - 2 dengan Ryan Giggs dan akhirnya melepaskan sepakan padu lalu menerjah ke gawang Barcelona.

26' Pedro Rodriguez menjaringkan gol pertama untuk Barcelona dari kanan padang hasil hantaran Xavi . Pedro dapat ruang setelah Patrice Evra meninggalkan posisinya.

24' Pengurus MU, Sir Alex Ferguson bangun dari tempat duduk setelah merasa tidak berpuas hati dengan corak permainan MU yang membiarkan Barcelona mendominasi permainan.

20' Percubaan tepat tetapi lemah David Villa dari kiri padang berjaya diselamatkan oleh Van Der Sar.

15' Pedro terlepas peluang menjaringkan gol setelah lepas dari perangkap offside. 10 minit pertama MU mendominasi permainan namun permainan kini kembali seimbang.

8' Hantaran jauh Van Der Sar terus kepada Wayne Rooney tetapi Victor Valdes berjaya menepis bola keluar . 1 percubaan yang menarik.

Kedua-dua pasukan mula masuk ke padang. Nampaknya Barcelona membuat perubahan di saat-saat akhir apabila menyenaraikan Javier Mascherano menggantikan Carlos Puyol sebagai pertahanan tengah.

Dimitar Berbatov pula tiada dalam senarai bangku simpanan MU. Micheal Owen di pilih sebagai penyerang simpanan MU.

(korang bace dari bawah ehhhh)






nah....hampa layan la gambaq2 nie..






















No comments:

Followers