Wednesday, November 30, 2011

Happy birthday to me..(Jom baca doa ckit)



Assalamualaikum semua



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.









Monday, November 28, 2011

Kami lagi yang kena



Assalamualaikum semua


aku malas nak nak cakap panjang2 t blog aku jgk yang kene band.....



Aku tatau budak negeri bodoh mana yang buat statement camtu, tapi aku pasti, dan yakin, provokasi yang macamni la yang membuat kan kejadian tebakar nya tempat duduk penyokong di dalam stadium, terjadi nye kejadian pergaduhan di stadium, kami, rakyat kelantan tak pernah buat kacau, tapi, kalau korang yang start buat dulu, hang tgk la cmana hura nya jadi nye...tak cukup lagi ke kes kereta polis di bakar disebab kan polis tu silap pkul org?? kami bukan nye penganas, tapi kami mahu kan kebenaran,...polis tersilap pukul org sampai pecah muka, tak kan nak tgk jer kan??mmg kami lawan balik la.....sama jgk kes pnyokong selngor hari tu, dah die yang baling botol dulu, tak kan kami nak tgk jer.....kami bukan nye pengecut, camtu jgk org yang hantar msg kat BH nie, xkan kami nak baca jer. kalau kami tahu, memag arwah la beliau..ye kami memang bersifat kenegerian, kami tak pernah lupa asal usul kami, kami tak pernah kacau korang dan jgn kacau kami.



ni ada lagi satu hadiah..



kemon la fan negeri lain, korang tak profesional la wei, memang kami mempunyai semangat kenegerian yang tinggi, malah melebihi dari negeri2 lain, aku bangga jadi anok kelate...
di kelantan, setiap kali game bola sepak team kesayangan kami (TRW) stadium tak pernah tak penuh, lebih2 lagi kalau perlawanan besar, FAM, perlu berterima kasih kepada kelantan, kerana negeri kelantan lah yang menaik kan sukan bola sepak malaysia pada awal nya!! FAM kene fikir tu....

acu tgk game KL vs selangor, ada berapa ramai penyokong yang hadir??padahal, main kain pusat bandar malaysia, cube tgk game kelantan,...jalan jem teruk, org yang tingal kat machang (80 km dr kb) sanggup datang semata mata nak tg bola...hebat tak semagat kami??korang apa ada??duk jeluos ngan negeri kelantan sampai mampus??blah la...ingat la...kalau tahu sapa yang tulis tu, pergi la tinggal kat lua negara, tkut2 jmpa kat org kelantan, mati plak nnti...chow dulu stakat nie...





Thursday, November 24, 2011

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011



Asslamualaikum semua




Perlawanan akhir di antara pasukan tuan rumah iaitu Indonesia dan juga Malaysia telah tamat. Apa yang dapat dilihat pada perlawanan akhir ini amat sengit kerana kedua-dua pasukan sama sekali tidak mahu melepaskan gelaran juara. Jika anda menonton perlawanan akhir tersebut dapat dilihat pada separuh masa pertama, Malaysia dikejutkan dengan gol pertama dari Indonesia. Ianya amat mengejutkan bagi peminat bola sepak Malaysia kerana ianya seakan awal gawang gol Malaysia sudah dibolos dengan gol hasil tandukan dari pemain Indonesia. Namun dengan semangat kental pasukan Malaysia, akhirnya anak buah Ong Kim Swee dapat merobek gawang gol Indonesia dengan gol hasil dari tandukan pemain Malaysia sebelum berakhir separuh masa pertama. Perlawanan sengit akhirnya seri 1 sama dan membawa kepada masa tambahan. Walaupun begitu, masa tambahan selama 30 minit juga gagal memecah kebuntuan di antara kedua-dua pasukan.


Pesaingan sengit di antara kedua-dua pasukan akhirnya membawa kepada tendangan penalti yang akan menjadi ukuran kemenangan sama ada pasukan Indonesia atau Malaysia. Penantian yang dinantikan oleh seluruh penonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA akhirnya terjawab. Malaysia akhirnya mengalahkan Indonesia dengan 4-3 hasil jaringan penalti kedua-dua pasukan.

Khairul Fahmi bertindak sebagai orang harapan terpenting apabila dapat menangkap kemas 2 sepakan penalti.







tahniah buat harimau muda :)




Kenangan di Malam Final

Assalamualaikum semua


ok...saja nak lepas kan bengang..malam final bola sepak malaysia lawan indonesia sukan sea d stadium gelora bungkarno, restoran kenang selalu buat palat an aku!! boley plak time nak amik sepakan percuma minit ke-83 tibe-tibe black out!! bengang giler aku....!!! final kot!!!!!!!!






Tuesday, November 22, 2011

Aidiladha 2011 bersamaan 1432 H

Assalamualaikum semua


Alhamdulillah, wa syukurillah, dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi penyayang. Tuhan kami malam dan siang,Selawat dan salam kepada junjungan mulia, "Muhammad bin Abdullah" serta ahli keluarga yang tercinta, para sahabat yang sentiasa setia, ikhwah dan akhowat yang di rahmati ALLAH swt.

Raya tahun nie, pertama kali aku raya kat perantaunan :)
bukan tak mahu balik, tapi di sebab kan oleh kehabisan tiket bas.. (dah tau penduduk kelantan ramai kat negeri lua, tapi yang p beli lambat tu kenapa kan??huhu...salah aku jugak..)
so, nak di pendek kan cerita, aku beraya jer kat umah pakcik aku kat terendak height tuh, huhu...ok la cume tak semeriah beraya kat hometown..

kali nie, pertama kali aku beraya cam orang dah matang...pakaian raya aku pon simple giler, just pakai baju melayu, kain pelikat dan kain, thats all :) bile tgk kat cermin, tgk, aku matang dengan pakaian cmtu..hehe..mcm bapak anak 4 pon ada..wahaha...tp, ok la....tak mcam budak2..hehe...
raya pertama , cam biasa gi solat hari raya kat penjara baru (nama jer penjara tapi, dalam tuh, cantik giler..) kat sungai udang.. xada yang best pon, petang tu, bawak c nayli dan muiz iskandar p jalan2 kat pantai klebang..

tu lah pengalaman raya aku d perantauan.. raya ke 2 baru la start tumbang kan lembu, 2 ekor...


thats all, itu lah pengalaman aku..pertama kali beraya tanpa famili di sisi...






Friday, November 4, 2011

Naka boh..


Assalamualaikum semua




sep kelate, kelih blako, ado nasihat nasihat etep... :)











Backpacker



Assalamualaikum semua..



tiba2 rasa nak berjalan dgn mmber2 yang dalam group 3-4 orang dan tenang kan pikiran di gunung2 terdekat (area melaka)....huhu
dah berserabut sgt dah kepala aku nieh...hehe..perlu ditenang kan..
ala-ala backpacker gitu..huhu yang pernah di buat oleh nazir and the geng nya..

tapi..
aku xnak dalam group ramai2 nanti jadi berserabut dan
tambah masaalah..
chow dulu stakat nie....
nak menabung n simpan duit dulu..haha
ckp lebih, duit xda, xda guna jgk kan...hahahha

gunung....yeahhhh




best kannnn???tenang jer fikiran..





Pelakon yang aku respect


Assalamualaikum semua




Alhamdulillah wa syukurillah, masih diberi nafas yang tanpa perlu di bayar, tanpa perlu d bank in dan ia nya percuma walau bnyak mana pon di guna kan..Alhamdulillah..

malam nie, setelah selesai menonton tv 3 cerita anugerah ape tah, telah menonjol kan kerajinan aku dan memberi aku idea untuk menulis entri perihal seorang pelakon yang aku kira dah hampir 4 tahun tak melihat beliau di tv, iaitu, sabri yunus...seorang pelakon senior yang pndai menghayati watak....lebih2 lagi filem berbahasa loghat kelantan, jogho(sedak boh cito nie..) dan paling penting beliau tak pernah mngempar kan negara dengan gosip2 artis yang tah apa2. Tu yang membuat kan aku respect kpd beliau..

malam nie beliau naik pentas 2 kali, menerima anugerah apatah....aku pon tatau....tp yg pasti, beliau muncul kembali..hehe..
tp bukan sebagai pelakon tp sbg 'pembuat' cerita plak..hehe... masih duk ingat lakonan beliau dalam siri 'pi mai pi mai tang tu' dan 'salam pantai timur'...

huh....kene layan sat g nieh..hehe










Wednesday, November 2, 2011

Gaji PM........



RM 22, 826.65





Friday, October 28, 2011

Tiket Oh Tiket


Assalamualaikum semua




aku pon tatau camana nak mula kan....tp secara ringkas nye, laman web FAM kene hack..huahuahua..ni sume pasal tiket.....mana tak nya, RM 50 kot..mana kami nak cikau duit nak p tgk bola...bukan nak tgk game mesia lawan celsi/man yu/liverpool..mmm..tatau nak cita apa dah.....korng pk2 la sndiri...ehhh..haaaaaa...kenapa la yang si peng'hack' nie letak pic nie??org letak la pic cicak ker......monyet ker.....hamster ke..baru lah comel...hehe





Wednesday, October 26, 2011

Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya




Wanita adalah hiasan dunia. Hiasan dunia yang paling cantik adalah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA. Mari kita tambah sedikit ilmu untuk dijadikan sebagai panduan kepada yang bergelar isteri dan akan bergelar isteri kelak.




1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya. Iaitu:

Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakannya.

Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat).

Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab.

Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mengata- mengata serta memfitnah.

2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.

5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

12. Segala tingkah laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama selepas Solatnya.


Rasulullah SAW bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.

(HR At-Tirmidzi)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu”.

(HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”.

(HR al-Hakim)

WALLAHUALAM



Tuesday, October 25, 2011

10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah S.W.T.



Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahualam.



Soal jawab antara Allah S.W.T. & iblis







Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”

Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”

Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”

Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”

Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”

Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”

Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”

Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”

Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Tuesday, October 18, 2011

M U E T

Assalamualaikum semua

Kawan-kawan, muet sgt2 menakut kan....

Rabbi Yassir wala tu'assir


Saturday, October 1, 2011

Exam dah habis.. !!!



Assalamualaikum semua..


Alhamdulillahi robbil alamin wassalamu alaarasulilamin wa alaaalahi wa sohbihi ajmain


Alhamdulillah, wa syukurillah....segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam, yang tidak pernah2 tidur, yang tak pernah lalai menjaga kita sebagai hamba di bumi NYA dan tidak putus2 memberi rezeki kepada kita. Selawat dan salam semoga tercurah kepada utusan ALLAH, yang membawa petunjung dan agama yang haq,rahmat bagi seluruh alam, dan panduan hidup semua manusia, iaitu teladan dan imam kita, Muhammad SAW, keluarganya, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari kiamat.

Syukur ke hadrat ilahi, aku, dengan ini, secara rasmi nya( 1 oct 2011) , telah menghabis kan diploma aku... Diploma in Telecommunication Engineering...Alhamdulillah...setelah berhempas pulas selama 2 tahun lebih, dgn macam2 dugaan dan cabaran hidup di negeri org nie, aku akhir nya dapat juga menghabis kan diploma...

Banyak kenangan aku bersama sama classmate group DD1...mereka ialah rakan2 yang sentiasa optimis untuk mara, dan maju, asal nya ramai bdk kelas aku nie, tapi, masuk je sem 2, 3 dan seterus nya..mereka kian hilang, mungkin ada sebab-sebab tertentu...mereka2 ialah..

rakan2 seperjuangan di dalam kelas



sahabat terbaik aku.. amirul nazrin shah

aku rasa, stakat nie la dulu penceritaan aku, nnti ada masa smbung balik, sbb aku ada keje ckit nk di buat....t ada masa, aku smbung lg ntri nieh.....


wsalaam...

Friday, September 16, 2011

Demam Final Exam Last Sem Last Year for Diploma In MMU



Assalamualaikum semua



cam biasa, time2 nie merupa kan masa yang terbaik lagi cemerlang kalau kita nak ajak mak bapak kita mai melawat kita kat u nieh...biasa la...time nie, pakat duk sibuk bawak buku teks tebal-tebal, print notes banyak-banyak, bawak kertas banyak-banyak, hari-hari pegi library, hari jumpe lecture bagai ...huhu tu sume kerana exam week kat MMU..haha..kalau time stdy week pon masih tak sedar2 jgk, sedar pon time exam week..terbaik betul students MMU nieh........syang lah korang sume..haha....



so dengan ini saya mohammad zakwan aka zonfoe zackone, pemegan mohor pembesar2 kampung kijang ingin mengucap kan selamat menduduki peperiksaan , selamat berexam..selamat menjawab, selamat men'sup' balik(kalau kat MMU, 'sup' nie, amik exam balik setelah fail kali pertama)..kepada makhluk2 pelajar2 MMU semua...Saya juga ingin meminta maaf, seribu keampunan kalau ada salah dan silap, harap2 masuk exam, hati tenang...

dan gud luck..............semoga berjaya denga cemerlang nya.. :)




usaha + doa + tawakal = kejayaan... amin..

jangan meniru time exam kalau kantoi, malu baiiiiiiiiiii, lagi pon lau berjaya pon bukan berkat rezeki korang kelak..pk2 kan lah..


p/s : untuk sahabat2 yang bace blog aku, komen la sepatah dua kata kat bawah nie, supaya aku tak terlupa untuk ke blog kalian juga.. :) insyaALLAH...terima kasih..



Sunday, September 11, 2011

Jom ke Broga Hills


Assalamualaikum semua


Apa khabar kah kalian sekalian??diharap dalam keadaan sihat hendak nya..

setelah lama memanja kan diri duk sambil menambah berat badan dgn makan lemang + ketupat + dodol + biskut raya + rendang + satey + chikendes.. kini tiba masa nye mnjejak kan kaki ke puncak broga....huhu..

jom layan gmbar2 aku yang d pau dari kamera salimi....huhu..


start hiking pukul 3 lebih camtu..





























good morning.. pagi yg indahhhhhhh


cantik betul pemandangan pagi




pemandangan d pagi hari (biasa lah, kalau kat melaka, jarang sangat jmpe pagi..haha..asal bangun jer dah tgh hari...pagi hilang..haha)



sume get ready ke depan




ok, mulut bob memang besar

lagak ngeri president outrecs 2011/2012




wong, nisa, tia, muin, aku


aku n muin



tq to salimi, nie sume dari kamera beliau.. :)

aku juga telah melaku kan satu rekod bersih apabila hiking broga dgn hanya pakai jeans jew...haha....sblum nie xpenah penah pkai jeans time hiking.....

p/s : untuk sahabat2 yang bace blog aku, komen la sepatah dua kata kat bawah nie, supaya aku tak terlupa untuk ke blog kalian juga.. :) insyaALLAH...terima kasih..





Thursday, September 8, 2011

Prepaid kene cukai??


Assalamualaikum semua..



Berita terbaru yang aku terbaca....prepaid kne tax??? wat the tut??? apehal nieh???kerajan mesia dah xdak duit sangat2 ker??dah miskin sangat ker kerajaan mesia sekarang?mana duit cukai2 yang lain.......mmm pk2 lah sndiri..malas nak taip pnjang2.......~


Janji_Melayu


Assalamualaikum semua





Semoga berada dalam keadaan sihat dan hendak nya lah semua nye...entri kali nie aku nak berdiskusi sedikit perihal janji melayu....

Ok ape dia sebenar nya janji melayu nie???binatang spises ape kah beliau??dan di mana habitat beliau???ini yang akan kita kupas..huahuahua.......(ayat cam ape tah...haha..)

Janji melayu adalah janji yang sengaja dilewati ( orang macam nie memang xleh maju..)

Beliau hidup di dalam kalangan ramaja dan bangsa melayu....tapi tak semua.....senang citer, janji melayu nie, dari kalangan orang melayu yang hanya tahu tetap kan janji tapi belum tentu dapat menuai kan nya..biasa nya ia berkaitan dengan masa.....

Sebagai contoh.....

Situasi : dalam meeting, (eh mamat nie, asyik gune situasi meeting jer....situasi lain xder ka???huhu..suka hati aku la...haha)

Apabila selesai habis meeting, HOD (head of divison) or President or Pengerusi or Amir or Ketua Biro...senang citer, sape2 yang lead meeting tu la......mereka akan bgtau tetang next meeting, bila akan dibuat, dan pada jam berapa akan bermula meeting tuu....

Sebagai contoh...

Bos : next meeting kita akan berlangsung pada pukul 8 malam.

Aku : eh bos, macam awal sngt jer, aku balik main bola dah pukul 7, then solat magrib, pastu nak siap2 lagi...dah la rumah aku jauh dari campus....huhu...

Bos : alah ko nie, cam tak biasa budak2 nie kan janji melayu, so bila aku kata meeting start pkul 8 tu, sah2 la pkul 8.45 or pkul 9 baru starts...

Aku : ooooo......tapi kalau camtu, buat apa tetap kan waktu meeting kalau dah tahu memang akan mungkiri janji????????

Semua ahli2 parlimen, ajk2 kelab, ahli2 DUN, berfikir dan berfikir...aku pon senyappp........habis la citer tuuuu..soklan aku tak dijawab dah...

Sekian ..sampai di situ sahaja cerita aku....so konklusi nya, sampai bila kita nak dgr perkataan "janji melayu"??org Chinese sendiri pon dah pandang slek kalau kita janji nak jumpa dyerang...came on la weiiii... malu la kat bangsa lain...



Chow dulu untuk kali nie...As Salam~

Wednesday, September 7, 2011

Melayu

Assalamualaikum semua



Pe kabau semua??harap still sihat wal alfiat + hidup harmoni + bersemangat waja lah yew...huhu...aku cam biasa, walaupon 2 week lg nak exam, tapi, aku masih dalam mood "on raya" ..haha...

Cam biasa lah, kalau ada jer bnda2 yang aku tak puas hati, ke blog nie jugak lah aku akan lawati dan update..huhu..

Semalam, cam biasa, ada meeting, bila dah sebut tentang meeting, mesti kita akan tahu, waktu nye, tempat kejadian, dan siapa yang bakal terlibat dalam meeting..........yang tang meeting tu aku tak kisah, cume yang aku kisah, kenapa la kolot sangat pemikiran or mindset orang sekarng..

Sila ikuti perbualan terbabit antara aku dan beliau ......


Aku : eh, bukan ke meeting start pkul 8, kenapa ko sampai lambat ??( cuba nak tau , mane tau kot2 mmber yang lambat sampai nie xcdent ker...ape ker..)

Dia : alah, biasalah, melayu, sah2 start lambat, so, sbb tu aku sampai lambat, cam tak biasa plak....huhu

Bila dengar jer jawapan camtu, aku ase cam nak lepang strok + backhand jer mamat tuh....ayat die tuh seolah-olah, mengata kan melayu memang camtu, untuk pengetahuan ko, mungkin melayu lain camtu, tapi bukan aku kay.....so, tolong ubah mind set, k chow dulu stakat nie...


Wasalam..

Followers