Thursday, November 24, 2011

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011



Asslamualaikum semua




Perlawanan akhir di antara pasukan tuan rumah iaitu Indonesia dan juga Malaysia telah tamat. Apa yang dapat dilihat pada perlawanan akhir ini amat sengit kerana kedua-dua pasukan sama sekali tidak mahu melepaskan gelaran juara. Jika anda menonton perlawanan akhir tersebut dapat dilihat pada separuh masa pertama, Malaysia dikejutkan dengan gol pertama dari Indonesia. Ianya amat mengejutkan bagi peminat bola sepak Malaysia kerana ianya seakan awal gawang gol Malaysia sudah dibolos dengan gol hasil tandukan dari pemain Indonesia. Namun dengan semangat kental pasukan Malaysia, akhirnya anak buah Ong Kim Swee dapat merobek gawang gol Indonesia dengan gol hasil dari tandukan pemain Malaysia sebelum berakhir separuh masa pertama. Perlawanan sengit akhirnya seri 1 sama dan membawa kepada masa tambahan. Walaupun begitu, masa tambahan selama 30 minit juga gagal memecah kebuntuan di antara kedua-dua pasukan.


Pesaingan sengit di antara kedua-dua pasukan akhirnya membawa kepada tendangan penalti yang akan menjadi ukuran kemenangan sama ada pasukan Indonesia atau Malaysia. Penantian yang dinantikan oleh seluruh penonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA akhirnya terjawab. Malaysia akhirnya mengalahkan Indonesia dengan 4-3 hasil jaringan penalti kedua-dua pasukan.

Khairul Fahmi bertindak sebagai orang harapan terpenting apabila dapat menangkap kemas 2 sepakan penalti.







tahniah buat harimau muda :)




No comments:

Followers