Wednesday, November 30, 2011

Happy birthday to me..(Jom baca doa ckit)



Assalamualaikum semua



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.









Monday, November 28, 2011

Kami lagi yang kena



Assalamualaikum semua


aku malas nak nak cakap panjang2 t blog aku jgk yang kene band.....



Aku tatau budak negeri bodoh mana yang buat statement camtu, tapi aku pasti, dan yakin, provokasi yang macamni la yang membuat kan kejadian tebakar nya tempat duduk penyokong di dalam stadium, terjadi nye kejadian pergaduhan di stadium, kami, rakyat kelantan tak pernah buat kacau, tapi, kalau korang yang start buat dulu, hang tgk la cmana hura nya jadi nye...tak cukup lagi ke kes kereta polis di bakar disebab kan polis tu silap pkul org?? kami bukan nye penganas, tapi kami mahu kan kebenaran,...polis tersilap pukul org sampai pecah muka, tak kan nak tgk jer kan??mmg kami lawan balik la.....sama jgk kes pnyokong selngor hari tu, dah die yang baling botol dulu, tak kan kami nak tgk jer.....kami bukan nye pengecut, camtu jgk org yang hantar msg kat BH nie, xkan kami nak baca jer. kalau kami tahu, memag arwah la beliau..ye kami memang bersifat kenegerian, kami tak pernah lupa asal usul kami, kami tak pernah kacau korang dan jgn kacau kami.



ni ada lagi satu hadiah..



kemon la fan negeri lain, korang tak profesional la wei, memang kami mempunyai semangat kenegerian yang tinggi, malah melebihi dari negeri2 lain, aku bangga jadi anok kelate...
di kelantan, setiap kali game bola sepak team kesayangan kami (TRW) stadium tak pernah tak penuh, lebih2 lagi kalau perlawanan besar, FAM, perlu berterima kasih kepada kelantan, kerana negeri kelantan lah yang menaik kan sukan bola sepak malaysia pada awal nya!! FAM kene fikir tu....

acu tgk game KL vs selangor, ada berapa ramai penyokong yang hadir??padahal, main kain pusat bandar malaysia, cube tgk game kelantan,...jalan jem teruk, org yang tingal kat machang (80 km dr kb) sanggup datang semata mata nak tg bola...hebat tak semagat kami??korang apa ada??duk jeluos ngan negeri kelantan sampai mampus??blah la...ingat la...kalau tahu sapa yang tulis tu, pergi la tinggal kat lua negara, tkut2 jmpa kat org kelantan, mati plak nnti...chow dulu stakat nie...





Thursday, November 24, 2011

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011



Asslamualaikum semua




Perlawanan akhir di antara pasukan tuan rumah iaitu Indonesia dan juga Malaysia telah tamat. Apa yang dapat dilihat pada perlawanan akhir ini amat sengit kerana kedua-dua pasukan sama sekali tidak mahu melepaskan gelaran juara. Jika anda menonton perlawanan akhir tersebut dapat dilihat pada separuh masa pertama, Malaysia dikejutkan dengan gol pertama dari Indonesia. Ianya amat mengejutkan bagi peminat bola sepak Malaysia kerana ianya seakan awal gawang gol Malaysia sudah dibolos dengan gol hasil tandukan dari pemain Indonesia. Namun dengan semangat kental pasukan Malaysia, akhirnya anak buah Ong Kim Swee dapat merobek gawang gol Indonesia dengan gol hasil dari tandukan pemain Malaysia sebelum berakhir separuh masa pertama. Perlawanan sengit akhirnya seri 1 sama dan membawa kepada masa tambahan. Walaupun begitu, masa tambahan selama 30 minit juga gagal memecah kebuntuan di antara kedua-dua pasukan.


Pesaingan sengit di antara kedua-dua pasukan akhirnya membawa kepada tendangan penalti yang akan menjadi ukuran kemenangan sama ada pasukan Indonesia atau Malaysia. Penantian yang dinantikan oleh seluruh penonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA akhirnya terjawab. Malaysia akhirnya mengalahkan Indonesia dengan 4-3 hasil jaringan penalti kedua-dua pasukan.

Khairul Fahmi bertindak sebagai orang harapan terpenting apabila dapat menangkap kemas 2 sepakan penalti.







tahniah buat harimau muda :)




Kenangan di Malam Final

Assalamualaikum semua


ok...saja nak lepas kan bengang..malam final bola sepak malaysia lawan indonesia sukan sea d stadium gelora bungkarno, restoran kenang selalu buat palat an aku!! boley plak time nak amik sepakan percuma minit ke-83 tibe-tibe black out!! bengang giler aku....!!! final kot!!!!!!!!






Tuesday, November 22, 2011

Aidiladha 2011 bersamaan 1432 H

Assalamualaikum semua


Alhamdulillah, wa syukurillah, dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi penyayang. Tuhan kami malam dan siang,Selawat dan salam kepada junjungan mulia, "Muhammad bin Abdullah" serta ahli keluarga yang tercinta, para sahabat yang sentiasa setia, ikhwah dan akhowat yang di rahmati ALLAH swt.

Raya tahun nie, pertama kali aku raya kat perantaunan :)
bukan tak mahu balik, tapi di sebab kan oleh kehabisan tiket bas.. (dah tau penduduk kelantan ramai kat negeri lua, tapi yang p beli lambat tu kenapa kan??huhu...salah aku jugak..)
so, nak di pendek kan cerita, aku beraya jer kat umah pakcik aku kat terendak height tuh, huhu...ok la cume tak semeriah beraya kat hometown..

kali nie, pertama kali aku beraya cam orang dah matang...pakaian raya aku pon simple giler, just pakai baju melayu, kain pelikat dan kain, thats all :) bile tgk kat cermin, tgk, aku matang dengan pakaian cmtu..hehe..mcm bapak anak 4 pon ada..wahaha...tp, ok la....tak mcam budak2..hehe...
raya pertama , cam biasa gi solat hari raya kat penjara baru (nama jer penjara tapi, dalam tuh, cantik giler..) kat sungai udang.. xada yang best pon, petang tu, bawak c nayli dan muiz iskandar p jalan2 kat pantai klebang..

tu lah pengalaman raya aku d perantauan.. raya ke 2 baru la start tumbang kan lembu, 2 ekor...


thats all, itu lah pengalaman aku..pertama kali beraya tanpa famili di sisi...






Friday, November 4, 2011

Naka boh..


Assalamualaikum semua




sep kelate, kelih blako, ado nasihat nasihat etep... :)











Backpacker



Assalamualaikum semua..



tiba2 rasa nak berjalan dgn mmber2 yang dalam group 3-4 orang dan tenang kan pikiran di gunung2 terdekat (area melaka)....huhu
dah berserabut sgt dah kepala aku nieh...hehe..perlu ditenang kan..
ala-ala backpacker gitu..huhu yang pernah di buat oleh nazir and the geng nya..

tapi..
aku xnak dalam group ramai2 nanti jadi berserabut dan
tambah masaalah..
chow dulu stakat nie....
nak menabung n simpan duit dulu..haha
ckp lebih, duit xda, xda guna jgk kan...hahahha

gunung....yeahhhh




best kannnn???tenang jer fikiran..





Pelakon yang aku respect


Assalamualaikum semua




Alhamdulillah wa syukurillah, masih diberi nafas yang tanpa perlu di bayar, tanpa perlu d bank in dan ia nya percuma walau bnyak mana pon di guna kan..Alhamdulillah..

malam nie, setelah selesai menonton tv 3 cerita anugerah ape tah, telah menonjol kan kerajinan aku dan memberi aku idea untuk menulis entri perihal seorang pelakon yang aku kira dah hampir 4 tahun tak melihat beliau di tv, iaitu, sabri yunus...seorang pelakon senior yang pndai menghayati watak....lebih2 lagi filem berbahasa loghat kelantan, jogho(sedak boh cito nie..) dan paling penting beliau tak pernah mngempar kan negara dengan gosip2 artis yang tah apa2. Tu yang membuat kan aku respect kpd beliau..

malam nie beliau naik pentas 2 kali, menerima anugerah apatah....aku pon tatau....tp yg pasti, beliau muncul kembali..hehe..
tp bukan sebagai pelakon tp sbg 'pembuat' cerita plak..hehe... masih duk ingat lakonan beliau dalam siri 'pi mai pi mai tang tu' dan 'salam pantai timur'...

huh....kene layan sat g nieh..hehe










Wednesday, November 2, 2011

Gaji PM........



RM 22, 826.65





Followers