Monday, May 31, 2010

Tragedi Freedom Frotilla, Israel Haram Laknatullah Angkuh Menongkah Kemanusiaan Manusia

31 MEI 2010 (12.30 Tgh. Waktu Malaysia)

(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini -Radio Tentera Darat Israel.



Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-
kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.-Haluan Palestin

20 orang telah meninggal dunia dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami kecederaan.-Haluan Palestin

Tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.-Elshayyal Jamal,wartawan Al Jazeera yang berada dalam kapal Mavi Marmara.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” -Ayman Mohyeldin,wartawan Al Jazeera


Deklarasikan aksi mogok beramai-ramai diadakan sebagai tanda berkabung untuk para korban dan tercedera akibat serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan.

"Pemerintah Palestin di Gaza menghormati usaha konvoi armada freedom flotilla untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza”

“Kami menganggap semua yang terkorban dan tercedera dalam serangan tersebut sebagai syuhada Palestin, syahid atas usaha mereka merobohkan pengepungan terhadap Gaza.”


Hamas menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

-Perdana Menteri Palestin,Ismael Haniyeh



Sebagai makluman, lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Ikuti Lintas Lansung di :http://www.livestream.com/insaniyardim/


SEBELUMNYA 30 MEI 2010



30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel,
telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk
pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap :

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk
menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain. Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.

Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.








Tuesday, May 25, 2010

Gadis & Friskies!

*citer ni kena ada daya imaginasi yang tinggi...jika nak lagi mudah penghayatan, cuba baca cerita ni sambil pejam mata, insyaallah bayangan2 watak dalam story ni muncul.. =) *

Citer ni pasal seekor kucing dan seorang gadis
Kucing tu kucing liar
Hidup merempat
Tiada tuan
Tiada rumah
Selalu tak cukup makan
Dia on the way ke ruang sampah, carik nasi basi atau sisa2 ayam kentaki

Kemudian, muncul seorang gadis
Gadis biasa2 je, dalam lingkungan belasan taun, pelajar lepasan PMR
Berbaju kurung ungu dan bertudung hitam

Gadis mendekati kucing tu
Kucing tu cuba melarikan diri
Tetapi dinding menghalang laluan kucing
Kucing tu mula gabra

Gadis terus memujuk, sambil menghulur friskis di tangannya
Kucing mulai kurang gabra, kerana ada friskis di tangan si gadis
Kucing slow2 mendekati gadis, sambil menghidu2 friskis
Kemudian kucing menarik satu friskis dan bawak makan jauh2
Kerana kucing tu masih malu2 kucing

Kemudian kucing hidu2 sisa friskis tu
Pasal dah abes
Kucing mau lagi friskis tapi malu nak mintak
Kemudian si gadis mendekati lagi kucing tu
Menghulurkan friskis ke-2
Kucing amek friskis ke-2 tu sambil miow2 lapar
Kemudian gadis membelai kepala kucing
Kucing terkejut, tapi kerana masih mengunyah friskis, kucing tak dapat lari
Kucing habiskan friskis ke-2

Kemudian,
Kucing mengiau, mintak friskis ke-3
Kucing dah tak takut2 dengan gadis
Kerana kucing tahu gadis tu takkan mencederakan dia
Kucing terus makan kesemua friskis yang ada dalam genggaman si gadis
Kucing tak hiraukan belaian gadis tu dah kerana terlalu lapar
Akhirnya kucing kenyang
.
.
.
.
.refresh otak
.
.
.buang segala bayangan tu
.
.
.
.
.

Sebenarnya
Cerita ni rekaan je
Tapi fenomena kucing takut2 ni ada je memana
Jika kita biasa bagi makan kat kucing liar
Kalo burung merpati liar pun camni gak, tapi diorang jinak lagi la

Cuma apa yang kita nampak melalui teori kucing liar ni?

Kita dapati kucing ni bukan takut dengan makanan tu, tapi kucing takut dengan manusia
Kerana mungkin ada sejarah silam yang kerap dizalimi manusia
Kerana status dia seekor kucing kurap

Kucing tu mahukan makanan, tapi kerana ada manusia di situ, persepsi terus berubah kerana trauma2 hidup bersama manusia masih ada

Ada orang bila bagi makan kucing jenis takut2 ni, dia terus give-up dan label kucing tu sombong@bodoh ke apa, sedangkan kucing tu ada sebab tersendiri kenapa dia bersikap camtu
Akhirnya ada kucing yang mati kebuluran
Lagi leceh, ada jenis yang panas baran, dia terus ligan (kejar) kucing tu, kerana geram kucing tu taknak makan friskis dia bagi
Bila dah dapat, dia seksa kucing tu kaw2 sampai jadi sayur

Analogi ni macam fenomena manusia skang ni...

Bayangkan kalo friskis tu adalah hidayah, gadis tu adalah daie, dan kucing adalah mad'u

Sebenarnya ramai manusia mahukan hidayah (based on pengalaman sendiri), tapi sikit orang nak menyampaikan hidayah dengan murni
Sikit je daie nak sampaikan hidayah elok2
Sikit je manusia nak istiqamah dengan mende2 baik ni
Sikit je manusia sanggup berkorban untuk sampaikan mende baik kepada orang lain

Hidayah ni cahaya, ramai orang nak mende tu
Hanya orang gila je suka hidup sesat
Hanya orang bengong je nak masuk Neraka
Hanya orang sewel je suka tambah dosa

Ramai orang mahukan kebenaran, pasal kebenaran tu kebahagiaan
Tapi tak ramai ada peluang nak raih hidayah
Sama ada kerana dia sendiri taknak carik
Atau kerana golongan penyampai2 kebenaran ni sikit atau ciput

Tambah2 kalo mereka jenis kucing liar ni
Bergaul dengan orang leceh2
Tak pernah dapat didikan agama

Saya pernah jumpa gadis umur 19 taun, tanya saya niat puasa bulan ramadhan
Saya tak marah gadis tu, at least dia tanya
Saya cuma kesian, masih ramai lagi camni merata-rata
Persoalannya ada banyak
Apa tanggungjawab parent dia?
Apa tanggungjawab adik beradik dia?
Apa tanggungjawab kawan2 dia?
Apa tanggungjawab jiran2 dia?
Apa tanggungjawab masyarakat?
Apa fungsi pemimpin?

Kita lihat method gadis tu
Mudah je, iaitu memujuk dan sabar

Memang la memula mad'u taknak terima
Tapi takkan la nak terus stop bila 1st trial?
Lelama nanti hasil usaha memujuk dan sabar kita, insyaallah terdetik gak hati dia nak berubah slow2

Malangnya saya dapati ramai daie skang ni lebih kuat menghukum, daripada guna konsep 'memujuk dan sabar'
Bila lihat mad'u macam taknak dengar kata, terus label dia jahil atau bengong atau apa
Bila lihat mad'u buat mende leceh kerana taktau, kita terus sangka dia bakal penghuni neraka
Walhal kadangkala kesalahan mad'u tu takde la sekejam puak zionis
Kesilapan minor yang jadik khilaf je
Mungkin kerana salah faham atau kerana taktau
Takde jejas pun iman seorang daie
Takde jejas reputasi seorang daie pun
Lagipun, sebagai daie, apalah sangat mende2 leceh tu
Jika dibandingkan dengan nilai sebutir hidayah tu
Dan ganjaran kepada yang berusaha

Lagi leceh, dunia skang ni makin gila
Apabila saya dapati sesama daie pun sibuk timbul macam2 masalah atas kepentingan peribadi
Lagi hampeh, daie kurang manfaatkan masa dengan mende berfaedah, tetapi banyak masa abes dengan mende2 leceh seperti ....(isi sendiri)
Lagi mengarut, proses pencarian ilmu oleh daie sendiri terhalang oleh pelbagai pihak yang leceh
Lagi rumit, ada pulak sesetengah manusia berstatus Islam sendiri menghalang usaha dakwah di negara ni

Saya sendiri pernah kena
Kawan2 saya pernah kena
Saya dah lihat dengan mata sendiri secara 'live'
Hinggakan ada yang jadi gaban dek halangan2 leceh ni
Kalo camni berlarutan, apakah kesudahan hidup kita?

Umat Yahudi steady je hina rasul kita melalui facebook, bila lak kita nak bertindak?
Sampai bila kita nak buat2 bodo je dengan pencemaran maruah agama kita ni?
Sampai bila kita nak bersatu menyampaikan kebenaran?
Takkan nak tunggu hari kiamat baru nak insaf?

Kita boleh jadikan rakyat Malaysia ni satu masyarakat majmuk yang bersyariat, kalo ramai daie amalkan konsep macam gadis tu

Mende ni satu proses, kalo bukan hari ini, bila lagi kita nak sedar?
Para daie adalah penyambung usaha melahirkan generasi yang bersyariat
Jangan anda jadi salah sorang yang memutuskan tali-tali dakwah
Perjuangan masih panjang dan penuh duri berbisa
Kerana habuan Syurga ni bukan mudah seperti teori yang dicanang

Jom lahirkan rakyat Malaysia yang bersyariat!

kalo rasa bes share la sama orang lain..kalo tak bes takyah share sama sapa2...kalo tak rasa apa2, minum ABC insyaallah rasa buah..no thanx to me, but appreciate Allah for His gift..

Peace no war

Gud luck!

Wassalam


*Nota ini tidak ditaja oleh mana2 NGO atau agensi, hanya dibawah naungan Allah s.w.t.*

-QZS
sumber>sahabat pemuda pas

muhasabah untuk PEJUANG

Ingin kukatakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan kemana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada partai?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Perbetulkan hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang

Dipetik dari:
Wadah ‘Alim (Jun 2001)

(PERINGATAN UNTUK DIRI INI JUA)..
SAMA2 KITA FIKIRKAN NYE...

Isu Semasa..



assalamualaikum..wbt...

pergh dah lame rase nye aku tak menaip keyboard2 kt lappy aku nieh....asyik gune touchpad an mouse jer..huhu...mklum la...nk tulis ape....gune bnde2 tu pon just nk cari movie....secrh tenet n wat menda2 simple....kehadiran ku d hadapn lappy kesyngan aku nie ber tujuan nk meng updated aku pnyer otak dgn isu2 semasa..ye la..da lme xbce paper...bkn kertas biasa....news paper la....surat khabr....huhu....

1st skali, tahniah kepada team kegemaran aku...kerana season lpas dapt 2 cup ...iaitu EPL and FA cup...pergh hebat tu....dan tak lain dan tak bukan semesti nye CHELSEA menjadi kegemaran ku....huhu....dgn performace yg ditunjuk kan oleh semua player2 yg gah name nye d dunia bola sepak....mereka bergnding bahu untk memenangi setiap perlawanan...walaupon season lepas jgk captain team CHELSEA telah membuat ona apabila di kait kan dgn scandal nye dgn isteri seorang pemain kebangsaan england....itu tidak menjatuh kan karier nya sbg pemain bola sepak bertaraf 5 bintang...huhuhu...cayalah JOHN TERRY....

Dan tahniah juga aku ucap kan kepada Inter Milan keran berjaya menyentuh piala Champion League pada season lepas....season dpn????sowry....hak milik CHELSEA kay...hakhakhak....

Yang sebenar nya isi utama lam kepala otak aku nie belum di tulis lagi...isu yang hangat di perkata kan kan ialah isu JUDI BOLA....
aku pon xpaham kenapa boley timbul masalah tersebut....bang....lau nme dah judi....wat pe nak lulus kan??nme pon judi...terang2 la haram.....aku bkn nk bikin panas dgn menteri2 kt malaysia, cume aku nk bgtau, adk aku pon tau membeza kan yg mane halal dan yang mane haram.....kate malaysia nie negara islam....tapi???
korang pk la sndiri...(pnjam ayat nabil)..

Aku pon xpaham dgn menteri2 kat malaysia nie...nape la dyrng leh jd menteri,nme jer menteri tapi bg idea yg tah ape2....cube la bg satu idea untuk memangbun kan islam ker....contoh nyer...wajib kan pakai tudung kepada semua muslimat yg beragama islam kat malaysia nie klau nk ke pekan or bandar......baru lah xder bnyak sgt kes2 sosial yg berlaku kat malaysia....nie ader sorng pemimpin tu cakap, siap nk wat rumah lg kat anak2 terbuang....pelik betul.....tu bukan meyelesai kan masalah,tu mengalakkan akn orng buang ank .......entah la....bile pk2 balik...aku tertanye2...aku nie duk lam negara islam ker???cube korng pk....betul ke cara pemimpin kite nie?????????????

aku nie bukan aper....stdy pon, xder la tinggi sgt, tp aku dapt jgk idea untuk menyelesai kan msalah2 tersebut....bile pikir2 balik....knape jadi semua tu??knapa bnyak sgt masalah sosial??Sebenar nya, golongan2 remaja nie, dah jauh tersesat....nme jer ader bin dan binti...tapi...buat maksiat sebenarnya, ramai remaja2 kita nie yg hanya mendapat islam warisan..islam yg datang dari perents dyrng...bkn islam sebenar...bkn lah aku nk kate kat sini yg parents dyrng tu bukan islam sebenar,mksd aku, islam yg bukan dyrng cari.....sesetengah keluarga, tak meninitk berat kan perihal agama....tu la sebab terjadi nye penambahan tbung2 bayi.....(pnjam kata2 senior)...

jadi....solution nyer, kite kne balik ke pangkal semula, iaitu, memperbetul kan agama,mementing kan agama,rujuk balik, rukun islam, rukun iman, baru lah yg lain pon akan sempurna, insayALLAH...pemuda pemudi lah yg akn memimpin negara satu hari nanti..aku tak nak, yg memimpin negara malaysia satu hari nanti ialah pnyumbang tabung2 bayi di atas der........

k ah....smpai di sini sahaja tulisan aku...kite jumper len kali......chow...assalamualaikum....~

Friday, May 21, 2010

Sesal Seorang Ibu

Bismillahirramanirahim...
asslmualaikum w.t.w..

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.
Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”

Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.
Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu:
“Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”

“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah

=selawat=


sumber> shabat usrah

Syarat Untuk Berbuat Maksiat..

assalamualaikum w.t.w

Ada kisah seorang lelaki yang mendatangi Ibrahim ibn Adham. Dia (Ibrahim) adalah seorang ahli tabib ahli jiwa. Lelaki itu berkata kepada Ibrahim, "Aku adalah orang yang menyakiti diri sendiri. Tunjukkanlah kepadaku hal-hal yang bisa membuatku jera. Ibrahim menasehatinya, "Jika kamu melakukan lima hal ini, kamu tidak akan termasuk orang-orang yang melakukan maksiat. Lelaki itu berkata (ia sangat bersemangat untuk mendengar nasehat si tabib), "Berikanlah apa (nasehat) yang engkau punyai wahai Ibrahim!" Maka Ibrahim menyebutkannya.

"Pertama, jika kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, janganlah kamu memakan sesuatupun dari rizkiNya." Orang itu pin terheran-heran dan kemudian berkata dengan nada bertanya, "Bagaimana engkau mengatakan hal itu wahai Ibrahim padahal semua rizki datangnya dari Allah SWT?" Ibrahim menjawab, "Jika kamu mengetahui hal itu, apa pantas kamu memakan rizkiNya dan berbuat maksiat terhadap Nya." Orang itu berkata, "Tidak, wahai Ibrahim. Kemudian apa yang kedua?" Ibrahim melanjutkan,

"Kedua, jika kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah, janganlah kamu bertempat tinggal di negeriNya." Maka orang itu pun terheran-heran -melebihi keheranannya yang pertama- dan bertanya, "Bagaimana engkau mengatakan hal itu wahai Ibrahim, padahal semua negeri adalah milik Allah?" Ibrahim menjelaskan, "Bila kamu mengetahui akan hal itu, apa pantas kamu tinggal di negeriNya dan berbuat maksiat kepadaNya?" Lelaki itu menjawab "Tidak, wahai Ibrahim. Sebutkan yang ketiga!" Ibrahim menyebutnya,

"Ketiga, jika kamu ingin berbuat maksiat kepada Allah maka carilah suatu tempat yang Allah tidak melihatmu. (Jika kamu mendapatkan tempat itu) maka lakukanlah maksiatmu kepada Allah!" Lelaki itu berkata, "Bagaimana engkau mengatakan hal itu wahai Ibrahim, padahal Allah Mahatahu segala rahasia dan Maha Mendengar derap kaki semut yang sedang berjalan di atas batu cadas yang keras pada malam yang gelap gulita?" Maka Ibrahim berkata kepadanya, "Bila kamu mengetahui hal itu, apa pantas kamu berbuat maksiat kepadaNya?" Lelaki itu menjawab, "Tidak, wahai Ibrahim. Lalu apa yang keempat?"

Ibrahim berkata, "Keempat, jika datang malaikat maut untuk mencabut nyawamu maka katakan padanya, "Tundalah sampai batas waktu tertentu!" Lelaki itu pun keheranan, "Bagaimana engkau mengatakan hal itu wahai ibrahim, padahal Allah berfirman, "Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya dan tidak dapat (pula) memajukannya?" (QS. Al-Munafiqun: 11) Ibrahim berkata kepadanya, "Bila kamu mengetahui hal itu, bagaimana kamu mengharapkan keselamatan?" Lelaki itu berkata, "Benar. Berikanlah yang kelima wahai Ibrahim!" Ibrahim melanjutkan,

"Kelima, bila datang kepadamu malaikat Zabaniyyah -mereka adalah malaikat penjaga neraka Jahannam untuk menyeretmu ke neraka Jahannam janganlah engkau pergi bersama mereka." Belum sempat Ibrahim mengatakan nasehat yang kelima, lelaki itu menangis sembari berkata , "Cukup Ibrahim! Aku mohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepadaNya." Orang itu pun akhirnya menekuni ibadah sampai akhir hayatnya.

=selawat=




sumber=NURANI CINTA YANG HILANG(Abu AL-Ghifari)

Kawan Sejati

bismillahirrahmanirrahim..

asslamualaikum w.t.w..

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?
wallahualam...

=selawat=




sumber>sahabt usrah..

Thursday, May 13, 2010

exam..




aku mtk maaf kepda semua para sahabat yg masih setia megikuti perkembngan blog aku neih....skng nie aku tgh berperang.....one more paper....then, aku bebas....yeah....bebas..........................pasni, leh la aku updates blog nie.. nak tau aper yg aku nk tulis????tunggu................cool.....
jumper korng len kali kay....cos otak ku tgh full dgn ...hardware...software...output....input...operating system.....n byk lg lah pe benda yg aku tatau....hehe.....

sebelum aku terlupa......selamat pulang kepada semua kawan2 ku......
hati2 dalam perjalan balik ke hometown....hope dapt jmper korng semua lg....


arggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh.....one more paper!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 8, 2010

Misteri Bola Ping Pong (kisah sedih)






Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.

Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola ping pong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola ping pong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asyik2 bola ping pong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk menge'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni... ." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya.

"Sebenarnya ada misteri di sebalik bola ping pong ini... " kata Amer.

"Apa dia?" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau?

.

.

.

.

.

.


.
.

... ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.
hehe jangan marah yee... just for fun khas buat korng,kawan2 yg aku kenal....haha!

Renungan bt santapan rohani..

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Wednesday, May 5, 2010

Hanya kerak nasi untuk MAK

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg menyayat hati..


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal di rumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu, "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.. Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... "ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab "Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati "oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya...."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur.. lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan..' 'takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABB Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN Ya Robal Alamin!




sanggup berhujan demi anak.....

Ibuku seorang pembohong !!!!!

Ibuku seorang pembohong ???
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…





sumber ; xstudents 5C

Tuesday, May 4, 2010

LIFE LINE 4 GAZA




Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian
Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 5.00ptg hingga 11.30mlm

Keajaiban selawat....

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam.

Followers