Friday, October 28, 2011

Tiket Oh Tiket


Assalamualaikum semua




aku pon tatau camana nak mula kan....tp secara ringkas nye, laman web FAM kene hack..huahuahua..ni sume pasal tiket.....mana tak nya, RM 50 kot..mana kami nak cikau duit nak p tgk bola...bukan nak tgk game mesia lawan celsi/man yu/liverpool..mmm..tatau nak cita apa dah.....korng pk2 la sndiri...ehhh..haaaaaa...kenapa la yang si peng'hack' nie letak pic nie??org letak la pic cicak ker......monyet ker.....hamster ke..baru lah comel...hehe





Wednesday, October 26, 2011

Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya




Wanita adalah hiasan dunia. Hiasan dunia yang paling cantik adalah wanita yang SOLEHAH dan baik MARUAHNYA. Mari kita tambah sedikit ilmu untuk dijadikan sebagai panduan kepada yang bergelar isteri dan akan bergelar isteri kelak.




1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya. Iaitu:

Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakannya.

Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat).

Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab.

Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mengata- mengata serta memfitnah.

2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.

5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga.

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

12. Segala tingkah laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama selepas Solatnya.


Rasulullah SAW bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.

(HR At-Tirmidzi)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu”.

(HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”.

(HR al-Hakim)

WALLAHUALAM



Tuesday, October 25, 2011

10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah S.W.T.



Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahualam.



Soal jawab antara Allah S.W.T. & iblis







Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”

Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”

Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”

Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”

Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”

Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”

Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”

Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”

Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Tuesday, October 18, 2011

M U E T

Assalamualaikum semua

Kawan-kawan, muet sgt2 menakut kan....

Rabbi Yassir wala tu'assir


Saturday, October 1, 2011

Exam dah habis.. !!!



Assalamualaikum semua..


Alhamdulillahi robbil alamin wassalamu alaarasulilamin wa alaaalahi wa sohbihi ajmain


Alhamdulillah, wa syukurillah....segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam, yang tidak pernah2 tidur, yang tak pernah lalai menjaga kita sebagai hamba di bumi NYA dan tidak putus2 memberi rezeki kepada kita. Selawat dan salam semoga tercurah kepada utusan ALLAH, yang membawa petunjung dan agama yang haq,rahmat bagi seluruh alam, dan panduan hidup semua manusia, iaitu teladan dan imam kita, Muhammad SAW, keluarganya, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari kiamat.

Syukur ke hadrat ilahi, aku, dengan ini, secara rasmi nya( 1 oct 2011) , telah menghabis kan diploma aku... Diploma in Telecommunication Engineering...Alhamdulillah...setelah berhempas pulas selama 2 tahun lebih, dgn macam2 dugaan dan cabaran hidup di negeri org nie, aku akhir nya dapat juga menghabis kan diploma...

Banyak kenangan aku bersama sama classmate group DD1...mereka ialah rakan2 yang sentiasa optimis untuk mara, dan maju, asal nya ramai bdk kelas aku nie, tapi, masuk je sem 2, 3 dan seterus nya..mereka kian hilang, mungkin ada sebab-sebab tertentu...mereka2 ialah..

rakan2 seperjuangan di dalam kelas



sahabat terbaik aku.. amirul nazrin shah

aku rasa, stakat nie la dulu penceritaan aku, nnti ada masa smbung balik, sbb aku ada keje ckit nk di buat....t ada masa, aku smbung lg ntri nieh.....


wsalaam...

Followers