Saturday, January 8, 2011

Bila Lelaki Tak Jaga Pandangan dan Kata..~Titipan Seorang Hawa~ (luahan hati seorang rakan)

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?"

"Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"

Haih, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?



Apabila lelaki tak jaga mata..

Antara alasan biasa:



"Standardlah tu, kitorang kan lelaki,"

"Normallah tu, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... Eish! :D "

"klu tak suka, something wrong somewhere."

" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"

"free show sapa tak nak?"

"tengok je, bukan buat apa.."

"tengok je, tak luak la."

"tengok je, tak sentuh pun.."

"Ala..perkataan dear je pun..Ikut niat le"

"tengok je, tengok je, tengok je..dan tengok je.."

"kata2 mesra sikit je pun..."

Walau hanya dengan lintasan kata hati..

Astaghfirullahal'azim. Ayat yang memang sangat menggerunkan seorang perempuan..



Ya Allah! Apa je yang ditengok tu? kalau AL QURAN tu, Jangan kata baca, tengok dah dapat pahala.



Tapi..aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,usik dan lain2 yang tak sanggup sebut disini..

TENGOK sahaja dah dapat DOSA..ulang tulis..DOSA! TENGOK = DOSA! Percuma2,dapat dosa.

Tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.Senang je. Seronok ke kumpul dosa mata?



Adakah sampai seorang wanita mengeluarkan kata seperti ini baru kata-kata dan pandangan itu akan dijaga?

"Jagalah pandangan kamu..Kan ghadul bashar 2 wajib utkku dan utkmu.."

"Jagalah bahasa kamu..jangan mudah mengeluarkan kata2 menyentuh hati..Bukan kau tak tahu..hati wanita ini rapuh..mudah d'sentuh.."

"Jangan sengaja mencari peluang utk m'dekatiku..kau tahu itu mukadimah yg berbahaya kn?"



Ya..mungkin tidak semua wanita ambil kira tentang ini. Tapi, apa salahnya kau menjadi satu antara ribuan lelaki Muslim yg menjaga pandangannya..menjaga kata-katanya..menjaga wibawanya. Utk dirinya sendiri, kerana Allah!



Beruntunglah telinga2 yg tak pernah mendengarnya dan amat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan berbahagialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 seperti ini...



Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda..

Siapa kata, perintah menundukkan pndgan hanya utk perempuan?



“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)



Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.”



Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.



Wahai Muslimin, Duhai Muslimah..

Jagalah Pandangan Kita..

Jagalah Kata-kata kita..

Ingatan utk ku dan utkmu...

No comments:

Followers