'Tiada ukhuwah antara lelaki dan perempuan', adakah itu perlu difaktakan lagi? Jalan ke Syurga memang perit, dan jalan ke Neraka memang indah, adakah itu perlu difaktakan lagi? Di mana Syariatullah yang sering disebut2 di bibir basahmu? Di mana batasnya pergaulanmu dgn dia? Wahai LELAKI, pandanglah pada Nabi Yusuf itu..!
Wahai WANITA, Sesungguhnya wanita solehah itu adalah wanita yang tidak meniti di bibirnya nama lelaki dan tidak meniti namanya di bibir lelaki. Sesungguhnya wanita solehah itu tidak melihat pada mana2 lelaki dan tidak dilihat oleh mana2 lelaki. wanita yang baik dijadikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Telah tercatat di Loh Mahfuz untukmu cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Teguhkanlah diri pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.
"Sesungguhnya Keampunan Allah mendahului KemurkaanNYA..." Sekarang terpulang kepada diri sendiri...sama ada ingin terus-menerus melakukan dosa..atau ingin bertaubat..Kerana Allah sudah memberikan peluang tetapi kita yang selalu saja leka.. Allah tidak rugi apa2...tetapi manusia yang jahil akan menerima balasan dariNYA...
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.
Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan” Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?
Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.
"Allahumma ya muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala diinik wa to'atik"..
semoga Allah sntiasa mmbimbing diriku yang lemah ini dan sahabat2 yang len.....
"Allahumma tawaffani musliman wa alhiqni bissolihin..."
doa yang Nabi Yusuf selalu amalkan agar dimatikn dalam keadaan islam.. seperti Nabi Yaakub dan Nabi2 yang len.. doa ni ade dlm surah Yusuf jgk..
allahu 'alam...
No comments:
Post a Comment