Saturday, June 26, 2010

Yahudi Atau Nasrani Kah Umat Islam Akhir Zaman?

Dalam sebuah hadith:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikuti mereka.”

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang engkau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

(H.R. Muslim)

Salah Satu Petanda Kita Berada di Akhir Zaman

Umat-umat Nabi Muhammad s.a.w diakhir zaman, ramai di kalangan mereka menjadi pengikut Yahudi dan Nasrani secara sedar ataupun tidak.

Walaupun tidak menganuti agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetapi amalan mereka lebih mirip kepada Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka seharian.

Kita boleh lihat kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w pada hari ini. Kebanyakan kita mengikut cara kehidupan Yahudi dan Nasrani sekalipun dalam urusan kecil dan perkara yang tak munasabah.

Untuk pengetahuan sekalian, Yahudi adalah musuh utama Islam. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika yang kebanyakannya penganut Kristian berjaya dipengaruhi oleh Yahudi yang jumlahnya sedikit sahaja. Bayangkan betapa bijaknya Yahudi hinggakan mampu menjadi penasihat kepada Amerika. Orang-orang Kristian sememangnya sejak dahulu digunakan oleh bangsa Yahudi untuk memerangi Islam. Jadi tidak hairanlah kenapa mereka turut sama bersekongkol menzalimi umat Islam.

Kedua-dua golongan ini sudah lama mengatur rancangan untuk membinasakan negara-negara Islam termasuk Malaysia ini.

Kajian mereka mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh dan mantap sekali.

Mereka mengakui bahawa umat Islam ialah penganut agama yang paling sukar dimurtadkan. Kajian mereka juga merumuskan bahawa formula baru untuk memusnahkan umat islam bukanlah dengan cara menggunakan senjata, kereta kebal atau peluru, tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran Islam itu sendiri. Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan umat Islam hiburan sebaik-baiknya.

Betapa bijaknya dan kuatnya dakyah Yahudi dan Kristian untuk memesongkan akhidah umat Islam. Jelas pada hari ini rata-rata dari kita sebenarnya telah hanyut dan terus lalai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Sampai urusan kecil-kecil pun kita nak ikut Yahudi. Hal inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita lebih suka meniru secara membabi buta tanpa kita sedar kita telah meletakkan amalan Yahudi mengatasi amalan Islam itu sendiri.

Sambutan hari lahir contohnya: Tidak mahu mengikut saranan Islam (tahlil/doa selamat), malah
mahu juga ikut cara Yahudi seperti upacara potong kek dan tiup lilin dengan iringan nanyian lagu selamat harijadi. Inilah antara benda-benda remeh yang menjadi ikutan umat akhir zaman yang sudah sebati dalam amalan kehidupan kita.

Dalam majlis kahwin contohnya: Dengan band jemputan, DJ, karaoke dll.. penuh dengan suka-ria hiburan yang melalaikan. Itupun kononnya mahu majlis itu mendapat keberkatan dari Allah s.w.t…? Bermimpi di siang hari lah nampaknya mahu dapat keredhaan Allah dengan anjuran majlis sebegitu yang jelas tidak mengikut tuntutan Islam.

Tidak menjadi masalah kalau mahu bersuka ria, asalkan mengikut landasan yang ditetapkan syariat. Jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.

Namun harus diingat, kita sebagai muslim harus mengutamakan apa yang dianjurkan oleh Islam. Sesungguhnya amalan Islam tidak sama dengan orang-orang kafir.

Kalau sudah tahu orang kafir amalannya begitu, kenapa harus diikut?

Allah s.w.t berfirman :

“Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu.”

Allah s.w.t telah berpesan pada kita dalam Al-Quran bahawa, “Orang yang bersangatan memusuhi orang-orang yang beriman ialah Yahudi.”

Maka, jelaslah dan WAJIB kita sebagai umat Islam berusaha menentang kaum Yahudi laknatullah yang senantiasa mencari jalan menghapuskan umat Islam.

Bangsa Yahudi dan Nasrani sentiasa berusaha keras untuk menyesatkan umat Islam kerana hasad dengki yang sentiasa berpanjangan dari dahulu hingga sekarang.

Terutama sekali bangsa Yahudi kerana mereka yang paling kuat memusuhi Islam. Kejahatan mereka bahkan sampai ke tahap membunuh nabi-nabi pada satu ketika dahulu. Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dibunuh, Nabi Isa pula hampir dibunuh, dan beberapa orang nabi lagi.

Cuba kita fikir bersama, mengapa Nabi Muhammad s.a.w membuat contoh " Sehinggakan ke lubang Biawak pun kamu akan ikut jejak langkah Yahudi Nasrani "?

Menggambarkan betapa bodohnya umat akhir zaman akibat hilang panduan dari berpegang pada prinsip Islam. Sudah tentulah kerana lalai dari mengerjakan tuntutan Islam disamping ceteknya ilmu agama. Akhirnya, terhakis sedikit demi sedikit aqidah dan akhlak Islamiah yang harus ada dalam diri seorang muslim. Jadi tidak hairan lah mengapa masyarakat kita mudah terpengaruh dengan pengaruh Yahudi. Bukan sahaja di Malaysia bahkan di segenap negara Islam juga sedemikian.

Kenapa pentingnya memelihara akidah?

Akidah adalah asas tunggak ketaqwaan seseorang itu dalam Islam. Sekiranya ibadahnya baik tetapi akidahnya runtuh maka sia-sialah amalannya. Jadi tidak hairan lah walaupun seseorang itu solat lima waktu, namun masih cenderung berkelakuan buruk akibat dari tidak mendalami akidah Islamiah itu sendiri. Jadi sama-samalah kita memelihara akidah dari segi peradaban dalam Islam agar tidak sia-sia ibadah yang kita lakukan.

Hari ini jelaslah apa yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w telahpun berlaku. Dimana-mana saja telah meresap budaya-budaya Yahudi Nasrani dalam kehidupan dan gaya hidup umat Islam kini. Apa yang datang dari Barat semuanya elok dan molek belaka. Umat Islam mengagung-agungkan tamadun Barat.

Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Mahukah melihat anak kita esok juga mengikuti jejak langkah kaum Yahudi Nasrani ini? Bukan masanya kita mengambil remeh perkara ini. Mungkin di kalangan kita masih memandang remeh dan bersikap lepas tangan serta selesa dengan kehidupan masing-masing. Ingatlah, setiap kita akan dipersoal kelak di padang Masyar. Apa yang kamu lakukan semasa didunia dalam menegakkan dan mempertahankan Islam?

Antara pengaruh-pengaruh Yahudi dan Nasrani yang jelas dapat kita lihat hari ini

Melalui hiburan yang melampau dan jelas tidak mengikut syariat Islam.

Lagu, filem, iklan, majalah dan pelbagai lagi, semuanya diterapkan dengan unsur-unsur kelalaian yang menjauhkan diri dari mengingati janji Tuhan di akhirat kelak.

Yang kita ingat cuma mahu berhibur, sibuk mengumpul harta dunia yang tak pernah cukup, sibuk melempiaskan nafsu mengikut keinginan sendiri.

Salah satu kejayaan agenda Yahudi adalah melihat umat Islam sesat daripada matlamat yang berteraskan Islam.

Kalau kita lihat fesyen, lagilah terang-terangan ikut jejak kafir terutamanya cara pemakaian muda-mudi hari ini. Pakaian terdedah sana sini, sendat dan ketat bagi yang wanita. Lelaki pula dengan seluar pendek paras lututnya, subang, rantai, rambut terpacak dll.

Tidak kurang juga dengan yang taksub pada barangan jenama-jenama Barat. Seolah-olah semua yang terbaik dari Barat. Gambaran sebeginilah yang Yahudi mahukan.

Pakaian yang berlandaskan sunnah dipandang jelek. Sehinggakan mula timbul rasa malu untuk berpakaian sopan dan menutup aurat.

Bila ditegur, dijawab dengan bermacam-macam alasan.

"Rilek la.. zaman moden..open minded sikit..""Kena ikut perkembangan fesyen terkini, kita bukan dizaman unta.."

p/s : “Esok mati jawab begitu”

Alasan begini kah hingga sanggup mengenepikan hukum Islam?

24 jam propaganda mereka tersebar dengan misi menyesatkan umat Islam dari pegangan Islam itu sendiri. Sedarkah kita? Kita sendiri juga yang menyokong perlaksanaan program-program yang sudah pun meruntuhkan akhlak muda-mudi kita. Siaran tv yang penuh dengan hiburan melampau. Majalah-majalah yang hanya menceritakan tentang artis-artis dan gosip-gosip yang melalaikan sehingga meresapkan budaya hipokrit dan fitnah dalam masyarakat hari ini.

Kita renung pula sejak kebelakangan ini telah beberapa kali siri penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Dengan iklan dan karikatur yang jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai, bukankah ini kerja Yahudi dan sekongkolnya?

Dimana kita waktu itu? Apa yang kita lakukan dalam mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w?

Begitu juga tatkala saudara seagama kita merana derita kerana dizalimi di Palestin/Gaza.

Apa yang kita lakukan? Sekadar mencaci dan mengutuk untuk seketika?

Adakah kita memberi sesuatu sumbangan yang terdaya kita lakukan untuk saudara-saudara Islam kita disana?

Kita bukan lemah sangat sehinggakan hanya mampu mengutuk dan sumpah seranah. Tetapi memang betul, orang kita bab sumpah seranah memang nombor satu lah.

Di sana-sini orang berjuang dan berjihad untuk Islam, sedangkan kita leka menikmati hidup dengan selesa tanpa ada rasa tanggungjawab. Mungkin juga ramai yang masih lena dengan keselesaan hidup masing-masing. Hanya sibuk menurut nafsu serakah dalam mengumpul harta dan kemewahan. Mencari keseronokan duniawi yang tidak sudah tanpa menoleh pada kesengsaraan orang lain hatta saudara seagama sekalipun.

Apabila ada pihak menyatakan kita perlu boikot barangan yang jelas memberi sumber pada kafir-kafir laknatullah yang menindas umat Islam, ramai yang mengeluh “takut hilang kerja” “kempunan tak dapat makan” “ini strategi pihak-pihak yang dengki pada syarikat berkenaan, jadi tak mengapa abaikan saja”

Dengan alasan yang begitu jijik yang mana mencerminkan betapa rendahnya semangat ukhuwah dalam Islam yang diletakkan dalam diri masyarakat hari ini.

Sudah tiada inisiatif lain kah? Kenapa susah sangat nak tinggalkan produk Amerika / Yahudi?

Tak perlu semua produk kita aim untuk boikot. Yang menjadi sasaran boikot ialah syarikat yang bekerjasama dengan Israel.

Empat syarikat besar dunia iaitu Nestle, McDonald, L'Oreal dan Coca-Cola antara penyumbang dalam dana ketenteraan Zionis Israel yang menganiaya saudara seagama kita di Palestin. Tahu bukan? Atau buat-buat tak tahu? Atau tak mahu ambil kisah? Kita cuma mahu memberi tekanan ekonomi (economic pressure) supaya syarikat induknya tidak menyokong Israel. Itupun susah? Ketepikanlah keinginan hawa nafsu semata-mata untuk dunia. Berkorbanlah untuk Islam dengan memberi sokongan pada saudara-saudara Islam kita yang ditindas dengan bantuan kewangan atau apa saja mengikut kemampuan masing-masing.

Sekarang ini sudah banyak produk-produk Islam di pasaran. Produk-produk yang sudah pasti terjamin halal yang diusahakan oleh usahawan muslim kita.

Tiada alasan lagi kita tidak menyokong usaha-usaha murni golongan yang berpandangan jauh dalam memperjuangkan Islam ini.

Demi kesejahteraan ummah, kita harus berganding bahu untuk merealisasikan impian untuk melihat pembangunan sekaligus kemenangan buat Islam.

Tunjukkan pada mereka masih ada orang-orang Islam yang kuat supaya mereka gerun untuk melakukan sebarangan terhadap Islam.

Semoga terbit sedikit kesedaran dalam diri kita untuk berbuat sesuatu untuk Islam yang dicintai.

Beringatlah sesama kita saudara seagama.

Hapuskan sifat yang secara jelas terbukti menyebabkan kita berbalah sesama saudara seperti :

sombong,riak(tinggi diri),dengki,dendam,suka mengumpat, amalan fitnah, suka menghukum sesama manusia, pentingkan diri sendiri dan membezakan darjat serta pangkat

sebaliknya terapkan amalan saling bermaafan, saling berpesan pada kebaikan, rendah diri dan jauhi dari menabur fitnah, mengumpat dan hasad dengki yang jelas mengundang perbalahan yang berpanjangan.

Semoga kita terpelihara selagi mana berpegang teguh pada Al-quran dan hadis. Semoga jauh dari tergolong dalam golongan yang sesat.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Insyaallah.. Semoga kita kembali padaNya dalam keadaan beriman..

Yang baik datangnya dari Allah s.w.t. Segala kekurangan dan kelemahan datang dari kelemahan diri saya sendiri.



sumber> perkongsian dari sahabat...

Monday, June 21, 2010

Nota Cinta

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.


Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon ghafiz bedering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.


“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.


“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…



Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL


Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…



sumber> dari seorng sahabat

Friday, June 18, 2010

Arnab Dan Kura-Kura The Return..

30 tahun lalu, Sang Arnab kalah dalam perlumbaannya dengan Kura-Kura. Sang Arnab sangat malu bukan kepalang akibat sifatnya
yang bongkak itu. Sampaikan kisah kekalahannya di tayangkan berulang kali di Stesen TV Sang Kancil yang kuat menipu itu.

Mujurlah Sang Arnab itu kuat larinya. Boleh lah lari jauh membawa dirinya yang telah malu itu ke benua yang lain.

Di benua baru itu, Sang Arnab bermuhasabah diri sedalam-dalamnya. Mengalir air mata keinsafan di matanya yang memang berwarna merah sejak azali.

Di sanalah Sang Arnab menemui kehidupannya yang baru. Sang Arnab telah ditemukan pasangannya di bumi hijrahnya itu.

Lahirlah Anak Sang Arnab yang selayaknya dipanggil Sang Arnab juga. Sang Arnab mendidik Anak Sang Arnab menjadi makhluk yang
tawaduk agar tidak mengulangi kesilapan sepertinya.

Sampailah satu ketika anak Sang Arnab meminta izin untuk mengembara. Mahu juga dia melihat kampung halaman tempat 'Abi'nya
diaibkan yang sebenarnya memang akibat bongkak 'Abi'nya dahulu. Sememangnya Sang Arnab sangat2 menyesali hidup silamnya,
tiada apa yang disorok untuk anaknya, semata-mata mahu anaknya mengambil pelajaran.

Dengan fitrah arnab kurniaan Pencipta, sekejap saja, sampai lah anak sang arnab ke kampung lama Abinya dahulu. Dan nak
disedapkan cerita, berjumpalah Anak Sang Arnab dengan generasi baru sepertinya, Anak Sang Kura-Kura. Dah dapat gelaran baru
sebenarnya, Dato' Sang Kura-Kura.

Anak Sang Arnab gembira berjumpa generasi sebayanya. Niat di hatinya, dengan generasi baru ini, lupakan saja perbezaan
bapak-bapak mereka yang melarat 30 tahun lamanya. Berkawanlah yang lebih baik untuk dia dan anak Sang Kura-Kura.

Akan tetapi, Anak Sang Kura-Kura sudah lupa diri. Atau dia memang tak tahu bagaimana sebenarnya abahnya yang lembap itu
boleh menang. Entahlah..

Abahnya seorang wira, abahnya dah dapat dato'. Apa kelasnya nak berkawan dengan Anak Sang Arnab yang kalah ini? Dah la kalah,
berdosa pula tu, bongkak!!! Terkejut besar Anak Sang Arnab atas penolakan persahabatan oleh Anak Sang Kura-Kura.

Persahabatan yang dihulurkan, perlawanan pula yang di balas. Sang Kura-Kura mencabar Sang Arnab berlumba dengannya Seperti
bapak-bapak mereka dahulu. Anak Sang Arnab yang telah dididik Abinya menjadi seorang yang tawaduk, menolaknya dengan baik.
Tetapi dengan kuasa Anak Dato' yang dimiliki Anak Sang Kura-Kura, perlawanan paksa itu tetap diadakan juga. Terpaksalah
Anak Sang Arnab memenuhinya demi menjaga adab di tempat orang.

Dengan Tembakan Pistol pengampu-pengampu anak Dato' Kura-Kura itu, berlumbalah mereka di atas trek yang sama digunakan
ayah-ayah mereka 30 tahun dahulu. Dan zaman telah berubah. Allah Maha Penerima Taubat. Allah senantiasa membela yang benar.

Dengan Penuh rasa kehinaan kerana merasa dirinya adalah hamba, Anak Sang Arnab berlumba dengan penuh fokus. Sementara Anak
Sang Kura-Kura yang pada mulanya bongkak di awal perlumbaan kini berlumba dengan penuh susah payah dan kehairanan,
hakikatnya fitrahnya yang lembap itu memang tidak boleh berlari laju pun!!!

Tersenyum saja generasi bapak-bapak mereka yang menonton perlumbaan itu. 30 tahun dahulu, bapa Sang Kura-Kura menang
perlumbaan bukan kerana berapa laju dia lari, tetapi kerana tingginya tawaduk bapanya.

Hari ini, alangkah malangnya. Anak Kura-Kura tidak kenal dirinya, dia lupa kekalahan Sang Arnab dahulu adalah kerana sifat
bongkaknya. Hari ini, kekalahan itu berbalik kepada dirinya, beralaskan sifat yang sama, sifat bongkak yang melampau.

Moral 1: Jangan bangga sangat dengan pencapaian keturunan kita. Hakikatnya kita sendiri belum tentu boleh atau tidak memberi
pencapaian yang sama.

Moral 2: Orang agresif yang bertaubat insyaAllah berpotensi menjadi manusia yang lebih hebat asalkan ditambah lagi dengan
sifat tawaduk.

Moral 3: Kenali diri anda.

Moral 4: Orang yang sudah la lemah, bongkak pula. Memang mengundang kemurkaan Allah..

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)

dari Amiril Affandee..

selawat~


Monday, June 14, 2010

CINTA Pontianak Harum Sundal Malam

Semuanya halal ketika bercinta. Tanpa segan silu, mereka berkata..kenapa?? salah kerr..kami bercinta?? Bukankah cinta itu kurniaan Tuhan, jiwa kita ini kan memerlukan cinta seperti mana jasad kita yang zahir ini memerlukan makanan. Bukan main lagi kalau berhujah mengenai cinta... BETUL..Agama tidak melarang kita bercinta tetapi, ingat cinta yg d semai sekarang adalah cinta terlarang.. AHHHHHhh... jangan dihalang, sedangkan lautan api sanggup ku rentasi, kalau saudari tak percaya.. ambillah kapak, belahlah dada, pasti dihati saya tertera nama saudari, insan paling di cintai...

Inilah kata-kata membunuh yang sanggup dilafazkan walhal ia amat mustahil dilaksanakan. Yang menjadi persoalan, mengapalah mereka yang mabuk cinta dengan mudah mempercayai dan menerima kata-kata yang dilafazkan sedemikian?? Bukankah cinta itu satu fitrah, jadi tidak salahnya jika kita mencubainya. Fitrah diiringi dengan keinginan, keinginan pula harus dituntun dengan syariat. Keinginan tanpa sempadan adalah firasat yang berlandaskan nafsu dan syaitan.

Manusia hari ini terlalu taksub dengan cintanya, sebagaimana Laila Majnun, Shah Jehan dan Taj Mahal yang amat mahalnya. Namun pasti manusia sering terlupa kepada yang memiliki cinta. Cinta berasal dari kasih dan sayang, yang mana ia terletak di bawah taklukan Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Seperti mana kita terlalu asyik dengan hadiah yang kita terima sehingga terlupa bersalaman dan mngucapkan terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada kita...

Cinta terlarang ibarat racun rumpai yang berbisa disemburkan kepada tanaman. Yang pasti bukan sahaja pokok parasit dan lalang musnah,tanaman yang ditanam tidak terkecuali terkena serpihan rumpai yang disebarkan. Akhirnya akan terhasillah buah yang pahit, masam, memabukkan dengan pelbagai nama, perkara aneh dan menjijikkan.

Apa yang tertera ini bukan lah CINTA.. semuanya nafsu. Selagi belum ada ikatan yang sah, peliharalah dirimu, jangan dibiarkan insan-insan durjana mengambil kesempatan dalam ruang kesempitan. Bila sekujur tubuh telah mengalah, adakah kamu pasti dia akan bertanggungjawab?? Sekarang bila kita tanya mungkin ia berkata " AWAKLAH BUAH HATI ABANG ". Tapi adakah kita pasti ayat ini akan berkekalan... INGAT!!! Lidah manusia tidak bertulang. Teringat kata-kata orang kampung dulu, CINTAKU DITOLAK, DUKUN BERTINDAK... Jangan sampai dukun bertindak maka jadilah seperti cinta mariam. Bukan cinta tapi dendam... seorang PUNTIANAK HARUM SUNDAL MALAM... PULANGKAN... tapi tak boleh pulangkan dah...

Followers