Tuesday, April 5, 2011

Tips Mudah Untuk Khusyuk Solat

Salam tengahari yang sejuk kat dalam bilik transmission yg sejuk nie kat sume pmbace blog aku( errkkk..ade org bace ker??haha)..ni tadi aku 'window shopping'( jalan-jalan la tuuu) jap kat blog2 member2 aku...so, aku copy dan paste la kat cni, sebab aku rase, bnda ni berguna sangat untuk aku dan korang..aku tau..korang pon lebey kurang sama jugak cam aku kan??solat tak khusyuk...so aku bg special kat korang sume...xyah bayar pon..huhuhu..jom sesama bace....



p/s : kedekut gler mamat nie....dye cakap xleh copy n paste, aku pe lg...print screen je lah...hehehe..

Monday, March 28, 2011

Tenang VS Senang

Dalam buku adik aku yang belajar kat tadika kemas, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenarnya orang yang dah pro bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau tak, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard pat lima orang untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati rase seba salah dan tak tenang,menyesal pon ader..

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga.... perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah cadburry pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata.... segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang.... tapi bila hati resah, padang stadium bukit jalil pun terasa menghimpit macam naik lif kat CLC yang penuh sesak dan ramai foreigner.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati.. .. mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua dan burung tiong belakang rumah kita pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi cun!!!!

WALLAHU'ALAM

Fenomena

First of all, aku nak ucap kan takziah ah kepada mangsa tsunami yang melanda jepun tempoh hari, lebih kurang, seminggu lebih yang lepas, gempa bumi yang berukuran 9.0 skala recter telah menghancur kan Negara matahari terbit itu dengan sekelip mata. Dalam pada itu, tak cukup dengan tsunami, bahan nuclear plak merebak, aduiyaiii….ini lah kekuasaan YANG MAHA PENCIPTA..

Fenomena kedua ialah, The Red Warrior, aku yang dah sampai kat negeri kelahiran disebab kan faktor menjalani latihan di salah sebuah syarikat swasta di blakang umah aku nie,keinginan nak tengok game Kelantan vs felda united aritu melebihi dari paras beku tapi tak kesampaian…sbb nye, sudah kehabisan tiket…mendengar cakap2 dari pak cik yg tak aku kenali mase duk tgh beli nasi pade keesokan pagi terbabit, ade jgk orang yang membeli tiket dengan harga RM 50……dalam hati aku……”omak ko……gler mahal tiket bola kat negeri Kelantan nieh…..pehal ek???”


Aku cube membuat andaian sediri, memang patut la tiket bola kat Kelantan nie mahal..sbb nya ialah, stadium, selalu penuh…..mane tak penuh nya, makhluk yang berkumpul tengok bola, bukan nya hanya penduduk di kawasan kota bharu sahaja, bah kan dari machang yang jarak nye lebih kurang 50 KM pon sangup mai Stadium Sultan Mohammad IV. Setiap game, macam final…..giler meriah…..!!

Sunday, March 6, 2011

dye menang, tapi kita tak kalah

helo helo helo....nak kopi ke nak milo...huhu

kepala hotak ko punye milo, bg salam dulu lah...

salam...hye....entry kali nie jus nak ucap tahniah jer kat orang sebelah sana sbb mempertahan kan 2 kerusi PRK kat Kerdau dan Merlimau....

Secara ringkas nya, tahniah lah kpd Roslan Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Ahmad..kerana berjaya meraih undi yg cemerlang..huhu...tp tggu dulu..kite tgk plak PRU 13 nnti..huahuahua... berikutan kekalahan Man U kpd Liverpool pulak xder kaitan dengan menjatuh kan semangat calon PAS yakni Yuhaizad Abdullah dan Hasanuddin Salim ..kite akan lawan habis abisan nanti..insyaALLAH...

Semasa aku keluar bekerje bersama rakan sekerjaya tadi, aku ter bace cerita terbabit....nah kau.....diisshhh..






nak jer aku bagi pelempang stroke, xpon back hand...geram betul aku...
care pemikiran pompuan ni ialah pemikiran komunis, cara pemikiran sekular, yakni, menbeza kan dunia dan akhirat, padahal, terang2 lagi kite hidup nie, kne berlandas kan 2 perkara..iaitu, al-quran dan hadis.. baru lah hidup kite ni tak kan sesat sampai bile2...

ntah lah, aku cakap lebih2 pon xder gune, kesian kat mak dan ayah dye,dpt anak cam dia...dye pon dah besar, pk2 lah sendiri kakak oiii....

sampai kat cni jer berita semasa ari nie...klau ader bnda baru, aku gtau lg kay.....wsalam..
ariyos amigos........chow dulu.....

Saturday, March 5, 2011

Come Back

Alhamdulillah, wa syukurillah...setelah beberape bulan nye aku merehat kan tangan aku dari menaip keybord dan 'mendisplaykan' kat aku punyer blog, akhir nye aku telah membuat 'comeback'..huhu

tup tap tup tap...dum dam dum dam...pejam celik pejam celik, akihr nye aku sekarang telah pon menjalani industrial training di sebuah syarikat swasta yang terkemuka kat mesia nie.....pk2 balik, ..dah besar rupe nye aku nie..hahaha..korang sume pe citer??aku tau..klau bnyak citer pon korang xleh nak citer jgk kan..haha..eh2..pe yang aku mencarut nieh??aarrgghhhhhh......

nak di pendek kan karangan, entry nie sebenar nya, aku just nak bg tau pasal kedatangan balik aku atau dengan name lain, menunjuk kan kerajinan aku untuk meng update blog yang dah bersawang nie....huhu...tu jer sebenar nya......~:)

Saturday, January 8, 2011

CHECKLIST IMAN LEMAH..?

Senarai Semak Tanda Tanda Iman Kita Lemah Huhuhu



1) Bila Buat Dosa Rase Relax Jer. Steady, Cool Control Ayu N Macho. Selamber Jer Makan Ketupat Sambil Mengumpat Cicah Rendang Daging Saudara Sendiri Huhuhu...



2) Hati Keras Macam Batu Dan Tadak Keinginan Nak Baca Quran. Kalu Bace Harian Metro Bukan Main Jer, Tambah Tambah Lagi Harian Metro Sekarang Dah Macam Harian Seks Jer Muka Depan Dia "Gadis Sunti Dikenduri". Musti Beli!!



3) Rase Malas Nak Buat Amalan Kebaikan Contohnya Selalu Jer Malas Nak Solat Jemaah Lepas Tu Solah Buat Lambat2 Lak, Macam La Kalu Solah Kat Umah N Lambat2 Bole Diskaun Rakaat Tu.....Huhuhu



4) Menolak Dan Tak Suka Amal Sunnah. Nak Pakai Jubah Pun Rase Macam Berjalan Pakai Suar Dalam Kat Luar, Tapi Kalu Pakai Seluar Pendek Rase Bangga Semacam.



5) Selalu Mengeluh Dan Sedih Bila Kena Musibah, Tak Puas Hati Dan Asyik Mood Marah Jer Memanjang.



6)Tak Rase Apa2 Bila Dengar Bacaan Quran, Contohnya Kalu Dengar Janji Manis Allah Tentang Syurga Tak Rase Seronok Pun(Tak Macam Bila Bos Umum Nak Kasi Bonus), Dan Tak Rasa Rungsing,Sedih N Bimbang Bila Dengar Ayat Quran Tentang Neraka Dan Seksaannya(Tak Gelisah Macam Tima Surat Saman)



7) Rasa Liat Nak Ingat Allah Terutamanya Nak Berzikir. Kalu Nyanyi...Huh 5, 6 Juzuk Lagu Bole Abis Sehari...



8) Tak Rase Sedih Bila Ade Orang Langgar Perintah Allah. Peerrhh Nak Sedih Apa...Pergi Beli Lak Tv Tgok Orang Langgar Perintah Allah Hari2 Seluruh Dunia Dalam Umah Kita, Siap Tukar2 Channel Sambil Makan Nasi Dan Bergelak Ketawa Depan Tv.



9)Suka Status Dan Kekayaan. Kononnya Dengan Adenya Harta Bole Lak Lebih Sedekah, Senang Buat Amal. Pi Raaahhh Berapa Banyak Kete Mewah Parking Kat Masjid Time Subuh?



10) Cinta Pada Harta, Takut Bercerai Dengan Harta. Ish...Kadang2 Sanggup Lagi Bercerai Dengan Bini Dari Bercerai Dengan Harta.



11) Suruh Orang Lain Buat Kebaikan Tapi Diri Sendiri Tadak Keinginan Nak Buat.



12) Seronok Tengok Saudara Islam Kena Musibah. Member Jatuh Longkang Pun Ketawa Berdekah Dekah, Kat Mana Yang Lawak Pun Taktau, Tang Darah Ker...Tang Sakit Ker...



13) Hanya Mementingkan Tentang Halal Dan Haram, Tapi Tidak Mengelakkan Benda Yang Makruh. Ala....Makruh Jer...Setelah Ditranslate = Ala Tuhan Benci Ajer....Uhuks..



14) Suka Duk Buat Lawak(Perli, Bahan Gurauan) Dengan Orang Yang Buat Amalan Kebaikan Yang Simple2 Macam Cuci Masjid. "Lor Kutip Taik Cicak Kau Yer, Sesuai La Kau Jadik Ajk Taik Cicak," Muahaaaa.... Muaahaaa.....



15) Tak Ambik Tahu Tentang Ehwal Terutamanya Tentang Pupusnya Amalan Agama Orang Muslim. "Ala Fardhu Kifayah Jer"



16)Takde Rase Tanggungjawab Nak Berbuat Sesuatu Untuk Promote Islam.



17) Takleh Handle Bila Hadapi Musibah Or Malang, Tapi Asyik Menangis Menjerit Jer Time Musibah.



18)Suka Berdebat Walaupun Takde Untung Apa2 Dan Takde Bukti Kukuh.



19) Jadik Terlampau Cinta Dan Tertarik Hati Apa2 Saje Hal Berkaitan Dunia, Sedih Bila Hilang Atau Rugi Apa2 Yg Berkaitan Dunia Sajer...Jalan Kaki Tak Pakai Tudung Relax Jer, Tapi Bila Kena Ragut Jerit Bagai Nak Rak.....



20) Fanatik Dan Taksub Dengan Diri Sendiri.

Bila Lelaki Tak Jaga Pandangan dan Kata..~Titipan Seorang Hawa~ (luahan hati seorang rakan)

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?"

"Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"

Haih, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?



Apabila lelaki tak jaga mata..

Antara alasan biasa:



"Standardlah tu, kitorang kan lelaki,"

"Normallah tu, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... Eish! :D "

"klu tak suka, something wrong somewhere."

" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"

"free show sapa tak nak?"

"tengok je, bukan buat apa.."

"tengok je, tak luak la."

"tengok je, tak sentuh pun.."

"Ala..perkataan dear je pun..Ikut niat le"

"tengok je, tengok je, tengok je..dan tengok je.."

"kata2 mesra sikit je pun..."

Walau hanya dengan lintasan kata hati..

Astaghfirullahal'azim. Ayat yang memang sangat menggerunkan seorang perempuan..



Ya Allah! Apa je yang ditengok tu? kalau AL QURAN tu, Jangan kata baca, tengok dah dapat pahala.



Tapi..aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,usik dan lain2 yang tak sanggup sebut disini..

TENGOK sahaja dah dapat DOSA..ulang tulis..DOSA! TENGOK = DOSA! Percuma2,dapat dosa.

Tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.Senang je. Seronok ke kumpul dosa mata?



Adakah sampai seorang wanita mengeluarkan kata seperti ini baru kata-kata dan pandangan itu akan dijaga?

"Jagalah pandangan kamu..Kan ghadul bashar 2 wajib utkku dan utkmu.."

"Jagalah bahasa kamu..jangan mudah mengeluarkan kata2 menyentuh hati..Bukan kau tak tahu..hati wanita ini rapuh..mudah d'sentuh.."

"Jangan sengaja mencari peluang utk m'dekatiku..kau tahu itu mukadimah yg berbahaya kn?"



Ya..mungkin tidak semua wanita ambil kira tentang ini. Tapi, apa salahnya kau menjadi satu antara ribuan lelaki Muslim yg menjaga pandangannya..menjaga kata-katanya..menjaga wibawanya. Utk dirinya sendiri, kerana Allah!



Beruntunglah telinga2 yg tak pernah mendengarnya dan amat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan berbahagialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 seperti ini...



Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda..

Siapa kata, perintah menundukkan pndgan hanya utk perempuan?



“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)



Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.”



Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.



Wahai Muslimin, Duhai Muslimah..

Jagalah Pandangan Kita..

Jagalah Kata-kata kita..

Ingatan utk ku dan utkmu...

Followers