Tuesday, April 20, 2010

Rasulullah pesan ni : JAGA LIDAH!

Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala,
iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu
yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . "
Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka
atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."
(Riwayat Tirmizi).

Moral : MAKA ITU…. JAGALAH LIDAH.. JAGALAH TUTUR KATA.. JAGALAH PERKATAAN, JAGALAH APA YANG TERZAHIR DARI LIDAH KERANA ITU GAMBARAN HATI..HATI YANG BERSIH AKAN MELAHIRKAN TUTUR KATA YANG BERSIH JUGA..BEGITULAH SEBALIKNYA.,…

INGAT.. LIDAH YANG 3 INCI DAPAT MENUMBANGKAN MANUSIA YANG TINGGINYA 6 KAKI..

KATA BUYA HAMKA “ BAHASA YANG ELOK MELUNAKKAN HATI”

JADI.. BUDI DAN BAHASA .. JIWA KITA.. JIWA … KITA…

Jom sahabat.. kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL..

Sunday, April 18, 2010

10 surah dr Ayat Al-Quran dapat menghalang dr 10 kejahatan

~p/s : pada baris yg pertama dalam bahasa arab dan terjemahanyanya dbawah, semoga dapat dmanfaatkkan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorg muslim.Ameennn...~


سورة الفاتحة ... تمنع غضب الله
1-Surah al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Allah SWT

سورة يس ... تمنع عطش يوم القيامة
2-Surah Yasin dapat menghalang kehausan pada hari qiamat.

سورة الدخان ... تمنع أهوال يوم القيامة
3-Suran Ad-Dukhan dapat menghalang dugaan pada hari qiamat.

سورة الواقعة ... تمنع الفقر
4-Surah Al-Waqiah dapat menghalang dari kefakiran.

سورة الملك ... تمنع عذاب القبر
5-Surah Al-Mulk dapat menghalang daripada azab kubur.

سورة الكوثر ... تمنع الخصومة
6-Surah Al-Kauthar dapat menghalang daripada perbalahan.

سورة الكافرون ... تمنع الكفر عند الموت
7-Surah Al-Kafirun dapat menghalang daripada mati dalam keadaan kufur.

سورة الإخلاص ... تمنع النفاق
8-Surah Al-Ikhlas dapat menghalang daripada sifat munafiq.

سورة الفلق ... تمنع الحسد
9-Surah Al-Falaq dapat menghalang daripada sifat hasad.

سورة الناس ... تمنع الوسواس
10-Surah An-Nas dapat menghalang daripada penyakit was-was.

12 Cara Membina Mahligai D'dalam Syurga

1.Sesiapa membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2.Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya didalam Syurga.

3.Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah didalam Syurga.


Hadis ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menderma dengan harta kekayaan, maka ianya masih berpeluang membina Rumah di dalam Syurga dengan cara tersebut dalam hadis.

4.Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5.Mereka yang memuji Allah SWT akan mendapat sebuah rumah di dalam Syurga

6.Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.

7.Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah ditempat yang paling tinggi di dalam Syurga.


8.Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

9.Pembaca Al-Quran akan berada di dalam Syurga di akhir ayat yang dibacanya, setiap satu ayat pembaca Al-Quran akan dapat mendaki satu tingkat di dalam Syurga.

10.Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis -majlis agama.

11.Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12.Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

8 senjata yahudi musnahkan umat Islam

Mungkin ada dikalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan…sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi Israel…tanyalah diri sendiri samada anda pernah ditewaskan atau tidak oleh senjata-senjata ini.



1. Song

Lagu-lagu yang menghiburkan… ada anak-anak muda Islam yang tak tahu mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan,lagu artis barat yang panjang berjela… Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah….tapi boleh mengingati lagu artis popular tempatan…malah ada ibu-bapa menggalakkan lagi…mak ayah mereka berkata “takperlah sekali- sekala hendak berseronok…bangga jugak kalau anak aku jadi penyanyi ke pelakon ke”…jabatan-jabatan kerajaan atau swasta sudah menjadi satu kewajiban mengadakan pertandingan karaoke saban tahun…lagi satu senjata hebat buatan Yahudi.

2. Sex

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua… Sex dimana-mana…di kaca tv, dalam filem, dalam iklan…babak sex amat lumrah… kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan juga sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex… yang ironiknya filem melayu yang penerbitnya orang Islam pun ada adegan pakai bikini di kolam renang…filem 18SX amat laris berbanding filem U…VCD lucah mudah didapati…dan harganya amat murah…Adakah filem yang tiada adegan sex?…filem Avatar yang dikatakan filem seisi keluarga tetap juga diselitkan dengan unsur seks…malah kerana terpengaruh ada yang lebih maju yang merakamkan adegan seks diri sendiri kemudian dikongsi bersama kawan-kawan…Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. …..

3. Smoke

Rokok menjadi kegilaan para remaja…sehingga dikatakan tak macho jika tidak merokok…tiada kaitan langsung macho dengan rokok…malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana- mana perempuan yang kononnya mahu digelar “up to date”…dulu yang merokok ini golongan pelacur saja….ataupun penari kabaret…cuba tengok cerita Pramlee.

4. Sport

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan…hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga…Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang ‘miss’….bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. .yang menonton pun tak sembahyang juga …… Kalau menonton dirumah…akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL….

Yahudi gol lagi……sampai ada ulamak kata…kerana sukan..sembahyang boleh tangguh…Mashaallah.

5. Fun

Hiburan…dimana – mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan…termasuklah majalah hiburan tempatan…yang menayangkan aksi-aksi yang mengiurkan artis perempuan…kalau ada konsert ’sure’ bodoh…sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan masa…pelbagai maksiat pasti akan diselit masuk…gerai-gerai yang didirikan itu hanya sekadar mengaburi mata…fokus utama mereka ialah konsert maksiat itu sendiri.

6.Female

Perempuan berkait rapat dengan senjata seks tadi…tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan… Kalau kita ke kedai bateri kereta….di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi…apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan ‘Modess’…perempuan adalah patutnya… Yahudi bersorak lagi…..

7. Fashion

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat…. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah…Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ..bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu…kalau dah rambut di warnakan… sembahyang pun tak sah…malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air… Yahudi ketawa lagi….Umat islam sudah jadi macam Yahudi….

8. Food/Makanan.

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat (fast food lah apa lagi),…dan seribu satu macam lagi…Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina….masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan…tapi makanan Barat menjadi kebanggaan…malah ada yang buat iklan percuma dengan meletakkan gambar makanan barat di blog-blog…tokey ‘fast food’ tu senyum je pasal tak perlu bayar satu sen pun untuk iklan …bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? …rempah dan bahan-bahannya datang dari barat…. siapa nak pergi check…halal ke tidak? …Old Town White Coffee yang terang-terang guna ‘noodles’ yang tidak halal pun masih ada lagi orang Islam yang datang makan…bila makan benda haram, masakan iman boleh di mantap… maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi…tetapi berfikiran pun macam yahudi…Nauzubillah…..Yahudi makan Islam lagi…

*siapa kata Yahudi tiada di Malaysia…agen-agen mereka ramai.

sifat bakhil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang
amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang
api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang
lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di
neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut
mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan
kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

Friday, April 2, 2010

spek patah

salam kekawan...aku nk kongsi kan sedikit kesedihan an korng..mungkin korng akn rasa, kesedihan yang aku hadapi nie ialah xseberapa..dan apa lah sangat..tapi....korng dgr dlu k...camni..ari rabu ari tu, aku baru abes stdy an kawan kt library...dan, sampai lah aku kt rumah dgn selamat.....time tu xder paper jd lg...ble sesampai jer aku kt rumah....aku pon tak la aku pnyer spek atas kerusi..time tu aku p mandi jap,stndard rrr..baru smpai umah....then pas siap mandi sume, aku pon ngan selamber nyer,duduk tas spek aku td........prak!!!!!!!!!....aku pon cpat2 bgun...tp, aku dah trlambat...spek ku dah patah......sedih gler....yg aku nk kongsi kan kat cnie,bkn sal spek aku.....cume aku nk korng tau yg betapa seksa nya jika nikmat penglihatan kita d tarik, and aku baru trpikir...kalau la aku jage elok2 mata aku ....xder lah kene pakai spek...penglihatan adalah antara keajiaban dunia yang korang tak perasan.....keajaiban yang korang perasan ialah, piramid...kat maner??kat mesir....pastu...bgunan kt arab...taj mahal kat india...sedangkan korng xsedar yg lam diri korang pon ader keajaiban nye....iaitu....penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa lidah....n macam2 lg yang ALLAH SWT cipta kan dgan sempurna.....aku xnk ulas pnjang2...lgpon aku bkn ustaz.... huhu...cume aku nk tekan kan ialah, jge lah keajaiban tersebut dgn baik....korng beruntung coz pglihatn korang ok je lagi....mulut korng still lg boley beza masam an manis....kalo ia nye d tarik alangakh menyesal nyer............so..pikir2 lah ape yg aku ckp kan nie.....salam~

Followers